Padang Tengku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pekan Padang Tengku)

Padang Tengku terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Pekan ini letaknya kira-kira 20 km dari bandar Kuala Lipis. Asal usul nama Padang Tengku berasal daripada seorang kerabat DiRaja yang bernama Tengku Abdul Samah. Semasa beliau berehat di sebuah padang yang luas, beliau berasa bahawa padang ini sungguh luas dan berasakan pemandangannya yang begitu cantik. Oleh itu, beliau menamakan tempat tersebut sebagai Padang Tengku bersempena dengan nama padang tempat beliau berehat.

Biasanya, kos tambang bas dari Kuala Lipis ke Padang Tengku ialah RM5.90 sen.[perlu rujukan] Padang Tengku mempunyai keluasan 15 km persegi. Bentuk muka bumi Padang Tengku ialah tanah pamah, beralun, mempunyai rizab hutan hujan dan berbukit bukau. Terdapat beberapa perumahan di sini seperti Taman Bakti, Taman Seri Tara, Taman Dahlia, Taman Kampung Banjir serta Taman Cempaka. Penduduknya terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Mereka bekerja sebagai petani, peniaga, pekerja kilang, pelombong, penoreh getah, dan lain-lain lagi.

Padang Tengu juga mempunyai kemudahan stesen kereta api iaitu Stesen keretapi Padang Tengku.