Pelabuhan Hong Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan perairan Hong Kong dari angkasa

Pelabuhan Hong Kong yang terletak di Laut China Selatan ialah pelabuhan laut dalam yang didominasi oleh perdagangan barang kilang yang dikontenakan, barangan mentah dan perkhidmatan feri penumpang. Perlindungan semulajadi dan perairan yang dalam di pelabuhan Victoria memberikan keadaan ideal untuk penghimpitan dan pengendalian semua jenis kapal di pelabuhan Hong Kong dan menjadikannya kunci utama pembangunan ekonomi wilayah Hong Kong di Republik Rakyat China . Ia merupakan salah satu daripada pelabuhan tersibuk di dunia dalam tiga kategori iaitu, pergerakan perkapalan, pengendalian kargo dan pengendalian penumpang.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Tanggungjawab untuk mentadbir pelabuhan ini dipikul oleh seorang pengarah Marin (Director of Marine). Jawatankuasa Operasi Pelabuhan (Port Operations Committee) akan menasihati beliau dalam segala hal ehwal berkaitan operasi pelabuhan, kecuali hal ehwal yang menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Penasihat Pemaliman (Pilotage Advisory Committee) dan Jawatankuasa Penasihat Sementara Kapal Tempatan (Provisional Local Vessels Advisory Committee). Majlis Pembangunan Pelabuhan Hong Kong (The Hong Kong Port Development Council) menasihati kerajaan dalam hal berkaitan perancangan dan pembangunan pelabuhan, dan mempromosikan Hong Kong sebagai hab serantau dan pelabuhan kontena terunggul di dunia. Sementara itu, Majlis Industri Maritim Hong Kong (Hong Kong Maritime Industry Council) menasihati kerajaan tentang pendekatan untuk memajukan lagi industri maritim Hong Kong dan untuk mempromosikan kedudukan Hong Kong sebagai pusat maritim antarabangsa. Kedua-dua majlis dipengerusikan oleh Setiausaha Buruh dan Pembangunan Ekonomi (Secretary for Economic Development and Labour). Jabatan Marin (Marine Department) bertanggungjawab memastikan kemasukan kapal ke pelabuhan, operasi di pelabuhan dan pelayaran keluar kapal berjalan dengan lancar dan selamat. Perhatian juga diberikan kepada piawai keselamatan untuk semua kelas dan jenis kapal, dari kapal tangki minyak terbesar kepada sampan-sampan penumpang. Ia juga menyelenggara alat bantuan pengemudian dan boya untuk kapal laut, menguruskan dua terminal feri rentas sempadan dan mentadbir lapan kawasan pengendalian kargo awam.

Perkapalan[sunting | sunting sumber]

Terminal kontena di Hong Kong

Hong Kong ialah antara pelabuhan hab yang menghubungkan perdagangan di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur, dan menjadi pintu masuk ekonomi utama ke pedalaman China. Hong Kong telah memecah rekod pada 2007 dengan jumlah pengendalian kontena sebanyak 23.9 juta TEU, mengekalkan statusnya sebagai pelabuhan tebesar di selatan China dan antara pelabuhan tersibuk di dunia. Dalam 456,000 kapal berlabuh dan belayar keluar dari Hong Kong pada tahun itu, membawa kargo dengan jumlah berat 243 juta tan dan lebih kurang 25 juta penumpang.[1]. Purata masa pengendalian untuk kapal kontena di Hong Kong ialah 10 jam. Untuk kapal konvensional yang dikendalikan di tengah laut di boya atau tempat berlabuh luar pelabuhan, purata masa pengendalian ialah 42 dan 52 jam.

Trafik kontena[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan ini pernah menjadi pelabuhan tersibuk di dunia untuk beberapa tahun, dari tahun 1987 hingga 1989, dari 1992 hingga 1997, dan dari 1992 hingga 2004[2], sebelum kedudukannya diambil alih oleh pelabuhan Singapura semenjak tahun 2005. Pada suku pertama 2007, pelabuhan Singapura pula diatasi buat pertama kalinya oleh pelabuhan Shanghai.[3]

Terminal kontena[sunting | sunting sumber]

Terdapat sembilan terminal kontena yang teletak di Kwai Chung, Stonecutters Island dan Tsing Yi (yang terakhir siap pada 2004). Operasi kontena yang lebih kecil juga dijalankan di terminal perdagangan sungai di Tuen Mun dan pengendalian di tengah laut.

Terminal kontena Kwai Tsing[sunting | sunting sumber]

Bangunan utama Hong Kong International Terminals Ltd

Terminal kontena Kwai Tsing (dikenali sebagai terminal kontena Kwai Chung sebelum terminal kontena 9 dibuka di pulau Tsing Yi), terletak di bahagian barat laut pelabuhan, mempunyai sembilan terminal kontena dengan 24 himpitan sepanjang 8,500 meter. Luas keseluruhan kawasan terminal ini ialah 2.7 km² termasuk laman kontena dan stesen muatan kontena. Kesemua sembilan terminal ini mempunyai jumlah kapasiti pengendalian melebihi 18 juta TEU, lebih kurang 60% daripada jumlah trafik kontena di Hong Kong.

Terminal-terminal ini dioperasikan oleh lima syarikat berikut:

Terminal kontena 10 (CT10) sedang dalam perancangan, dengan tapak cadangan samada di barat daya Tsing Yi atau barat laut pulau Lantau.

Terminal kontena
Terminal Pengendali Dalam
(m)
Himpitan Panjang dermaga
(m)
Kren dermaga Luas
(m²)
Kapasiti
(kTEU)
Terminal 1 (CT1) MTL 14 1 4
Terminal 2 (CT2) MTL 14 1 5
Terminal 3 (CT3) DPI 14 1 305 6 167,000 >1,200
Terminal 4 (CT4) HIT 12.5 3 8
Terminal 5 (CT5) MTL 14 1 4
Terminal 6 (CT6) HIT 12.5-15.5 3 11
Terminal 7 (CT7) HIT 15.5 4 15
Terminal 8 East (CT8E) HIT/COSCO 15.5 2 640 9 300,000 1,800
Terminal 8 West (CT8W) ACT 15.5 2 740 8 285,000 >2,000
Terminal 9 North (CT9N) HIT 15.5 2 700 9 190,000 >2,600 (N&S)
Terminal 9 South (CT9S) MTL 15.5 4 1,240 13 490,000

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 22°20′U 114°7′T / 22.333°U 114.117°T / 22.333; 114.117