Pelabuhan Persetiaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pelabuhan Persetiaan ialah bandar-bandar pelabuhan di China, Jepun dan Korea yang dibuka kepada perdagangan asing dengan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah.

5 pelabuhan persetiaan yang pertama di China dibuka selepas Perang Candu Pertama yang berakhir dengan Perjanjian Nanjing pada 1842. Kumpulan kedua dibuka selepas berakhirnya Perang Anak Panah pada 1860 yang mengakibatkan 80 pelabuhan persetiaan terdapat di China sahaja, beberapa lagi di negara Asia Timur yang lain.

Orang asing yang yang tertumpu di bahagian asing yang dibina di sudut-sudut pelabuhan sedia ada, menikmati pengecualian dari undang-undang tempatan seperti dinyatakan dalam perjanjian-perjanjian berat sebelah itu. Banyak kelab orang asing, padang lumba kuda, dan gereja dibina di setiap pelabuhan persetiaan. Beberapa kawasan pelabuhan ini telah dipajak secara terus kepada kuasa asing sehingga menyebabkan kerajaan tempatan hilang kuasa ke atas kawasan tersebut.

Pelabuhan Persetiaan Jepun[sunting | sunting sumber]

Jepun membuka dua pelabuhan untuk perdagangan asing iaitu Shimoda dan Hakodate selepas Konvensyen Kanagawa pada tahun 1854.

Selepas menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1858, 5 lagi pelabuhan dimasukkan iaitu Yokohama, Kobe, Nagasaki, Hakodate dan Niigata.

Pelabuhan Persetiaan Utama di China[sunting | sunting sumber]

Kawasan yang dipajak[sunting | sunting sumber]

Kuasa asing memperolehi kawasan-kawasan ini melalui perjanjian pajakan yang bukan hanya memberi hak perdagangan dan hak bebas dari undang-undang tempatan, tetapi kawalan kolonial mutlak ke atas kawasan konsesi atau pajakan, dalam erti kata lain, aneksasi de facto:

Senarai Pelabuhan Persetiaan China dari Ensiklopedia Katolik[sunting | sunting sumber]

Pada awal kurun ke-20, berikut adalah pelabuhan persetiaan (banyak nama mungkin berlainan dari sumber Barat) di China:

I. Pelabuhan-pelabuhan utara

  • New-chwang, di wilayah imperial Shen-king, Manchuria, berdasarkan perjanjian T'ien-tsin dengan Britain, 1858; pejabat kastam dibuka pada 9 Mei 1864; penduduk China, 74,000.
  • Ching-wang-tao, di wilayah Chi-li, juga di Manchuria, berdasarkan dekri Maharaja, 31 Mac 1898; dibuka pada 15 Disember 1901; penduduk China, 5,000.
  • T'ien-tsin, juga di Chi-li, berdasarkan konvensyen Peking antara Britain dan Perancis, 1860; dibuka pada Mei, 1861; penduduk China, 750,000.
  • Che-fu, di Shang-tung, berdasarkan perjanjian T'ien-tsin antara Britain dan Perancis, 1858; dibuka pada Mac, 1862; penduduk China, 100,000.
  • Kiao-chou, juga di Shang-tung, konvensyen Jerman, 6 Mac 1898; dibuka pada 1 Julai 1899.

II. Pelabuhan sungai Yangtze

  • Ch'ung-k'ing, di Sze-ch'wan wilayah; dibuka pada November 1890; penduduk China, 702,000.
  • I-ch'ang, di Hu-pe, berdasarkan konvensyen Che-fu, 1876; dibuka pada 1 April 1877; penduduk China, 50,000.
  • Sha-shi, juga di Hu-pe, perjanjian of Shimoneseki, 1895; dibuka pada 1 Oktober 1876; penduduk China, 85,000.
  • Chang-sha, di Hu-nan, dibuka pada 1 Julai 1904; penduduk China, 230,000.
  • Yo-chou, juga di Hu-nan, dekri Maharaja pada 31 Mac 1898; dibuka pada 13 November 1899; penduduk China, 20,000.
  • Han-kou, juga di Hu-pe, regulasi wilayah, 1861; dibuka pada January 1862; penduduk China, 530,000.
  • Kiu-kiang, di Kiang-si, regulasi yang sama; dibuka pada January 1862; penduduk China, 36,000.
  • Wu-hu, di Ngan-hwei, konvensyen Che-fu, 1876; dibuka pada 1 April 1877; penduduk China, 123,000.
  • Nan-king, di Kiang-su, perjanjian T'ien-tsin dengan Perancis, 1858; dibuka pada 1 May 1899; penduduk China, 261,000.
  • Chin-kiang, juga di Kiang-su, perjanjian dengan Britain, 1858; dibuka pada April, 1861; penduduk China, 170,000.

III. Pelabuhan-pelabuhan tengah

  • Shanghai, di wilayah Kiang-su , perjanjian Nanking, 1842; dibuka secara rasmi pada 17 November 1843; penduduk China, 651,000.
  • Su-chou, juga di Kiang-su, perjanjian Shimonoseki; dibuka pada 26 September 1896; penduduk China 500,000.
  • Hang-chou, di Che-kiang, perjanjian Shimonoseki; dibuka pada 26 September 1896; penduduk China 350,000.
  • Ning-po, perjanjian Shimonoseki; dibuka pada 26 September, 1896; penduduk China 500,000.
  • Wen-chou, juga di Che-kiang, konvensyen Che-fu, 1876; dibuka pada April, 1877; penduduk China, 80,000.

IV. Pelabuhan-pelabuhan pantai selatan

  • San-tuao, di wilayah Fu-kien, dekri Maharaja pada 31 Mac 1898; dibuka pada 1 Mei 1899; penduduk China 8000.
  • Fu-chou, juga di Fu-kien, perjanjian Nanking, 1842; dibuka pada Julai, 1861; penduduk China 624,000.
  • Amoy, juga di Fu-kien, perjanjian Nanking, 1842; dibuka pada April, 1862; penduduk China 114,000.
  • Canton di wilayah Kwang-tung, perjanjian Nanking, 1842; dibuka pada Oktober 1859; penduduk China 900,000.
  • Kow-loon, juga di Kwang-tung; dibuka pada April, 1887;
  • Lappa, juga di Kwang-tung; dibuka pada 27 Jun, 1871;
  • Kong-moon, di Kwang-tung; dibuka pada 7 Mac, 1904; penduduk China, 55,000.
  • San-shui, juga di Kwang-tung; konvensyen Anglo-Cina, 4 February 1897; dibuka pada 4 Jun 1897; penduduk China, 5000.
  • Swatow, juga di Kwang-tung, perjanjian T'ien-tsin dengan Amerika Syarikat, Perancis dan Inggeris, 1858; dibuka pada January 1860; penduduk China 65,000.
  • Wu-chou, di Kwang-si; konvensyen yang sama; dibuka pada 4 Jun, 1897; penduduk China, 59,000.
  • Kiung-chou (Hoy-hou), di? Hai-nan *, di? Kwang-tung; perjanjian T'ien-tsin dengan Inggeris dan Perancis, 1858; dibuka pada April, 1876; penduduk China, 38,000.
  • Pak-hoi, juga di Kwang-tung; konvensyen Che-fu, 1876; dibuka pada April, 1877; penduduk China, 20,000.

V. Pelabuhan hadapan

  • Lung-chou, di wilayah Kwang-si; perjanjian dengan Perancis, 25 Jun 1887; dibuka pada 1 Jun 1899; penduduk China, 12,000.
  • Meng-tze, di Yun-nan; perjanjian dengan Perancis, 1887; dibuka pada 30 April 1889; penduduk China, 15,000.
  • Sze-mao, juga di Yun-nan; konvensyen Perancis, 1895; Britain, 1896; dibuka pada 2 January 1897; penduduk China, 15,000.
  • Ten-yueh atau Momein, juga di Yun-nan; konvensyen pada 4 February 1897; dibuka pada 8 May 1902; penduduk China, 10,000.
  • Ya-tung, di (?) Tibet; dibuka pada 1 May 1894.
  • Nan-ning, juga di Kwang-si, dekri Maharaja, dibuka pada 3 February 1899

Menurut statistik, 6,917,000 orang China mendiami pelabuhan persetiaan pada tahun 1906. Entiti asing termasuklah 1837 firma dan 38,597 penduduk, kebanyakannya orang Eropah (British 9356, Perancis 2189, Jerman 1939, Portugis 3184, Itali 786, Sepanyol 389, Belgium 297, Austria 236, Rusia 273, Denmark 209, Belanda 225, Norway 185, Sweden 135), orang Amerika 3447, orang Brazil 16, orang Jepun 15,548, orang Korea 47, dan penduduk dari negara yang tidak membuat perjanjian 236.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Japan's Treaty Ports and Foreign Settlements: The Uninvited Guests, 1858-1899 by J.E. Hoare (RoutledgeCurzon, 1995) ISBN 978-1873410264

Sumber dan Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[1]