Pelabuhan Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelabuhan Singapura
Maklumat am
JenisPelabuhan Sunting ini di Wikidata
Laman sesawang
http://www.mpa.gov.sg/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
Map
NegaraSingapura Sunting ini di Wikidata
Koordinat1°15′56″N 103°50′6″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelabuhan Singapura merujuk kepada rangkaian kemudahan dan terminal yang menjalankan fungsi pengendalian perdagangan maritim di pelabuhan Singapura dan juga mengendalikan perkapalan Singapura. Ianya adalah pelabuhan tersibuk dunia berdasarkan tanan perkapalan, dan pelabuhan pemindahan tersibuk di dunia, yang mengendalikan satu perlima[1] daripada jumlah kontena dunia dan separuh daripada keluaran minyak mentah dunia. Ianya pernah menjadi pelabuhan tersibuk di dunia berdasarkan tanan kargo yang dikendalikan, tetapi telah diambilalih oleh Pelabuhan Shanghai pada tahun 2005. Ribuan kapal berlabuh di pelabuhan Singapura, menghubungkannya dengan lebih dari 600 pelabuhan di 123 negara yang bertebaran di 6 benua.

Kapal-kapal sedang berlabuh di luar Pelabuhan Singapura.

Pelabuhan Singapura bukan hanya penyumbang kepada ekonomi, tetapi satu keperluan penting kepada ekonomi negara Singapura yang kekurangan tanah boleh guna dan sumber asli. Singapura sangat bergantung kepada sumber asli yang diimport, yang kemudiannya diproses menjadi produk seperti wafer dan minyak yang ditapis, yang akhirnya dieksport untuk menjana pendapatan. Selain itu, sektor perkhidmatan dapat menjana ekonomi melalui industri hospitaliti yang membekalkan pelbagai keperluan seperti makanan dan bekalan air untuk kapal-kapal yang berlabuh.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum 1819[sunting | sunting sumber]

Singapura pernah menjadi salah satu wilayah dalam empayar Srivijaya. Pada tahun 1324, kerajaan Singapura lama telah ditubuhkan oleh Sang Nila Utama, seorang putera Melayu Srivijaya dari Bintan, selepas kejatuhan empayar Srivijaya.[2] Pada kurun ke-14, Singapura berkembang menjadi pelabuhan terpenting di bahagian selatan Selat Melaka, dan bersaing sengit dengan pelabuhan lain seperti Jambi, Kota Cina, Lambri, Semudra, Palembang, Kedah and Tamiang.

Pelabuhan ini mempunyai dua fungsi, pertamanya membekalkan produk-produk yang mendapat permintaan di pasaran antarabangsa. Menurut Daoyu Zhilüe (Sejarah Ringkas Kepulauan Asing, 1349)[3] yang ditulis oleh seorang pedagang China bernama Wang Dayuan (lahir pada 1311, fl. 1328–1339), antara barangan yang didagangkan termasuklah topi kask enggang yang berkualiti tinggi,[4] hasil kayu dan kapas. Walaupun barangan ini terdapat juga di pelabuhan lain di Asia Tenggara, yang ditawarkan di Singapura adalah lebih unik dan berkualiti.

Fungsi kedua pelabuhan ini adalah menjadi pintu masuk ke dalam sistem ekonomi serantau dan antarabangsa. Johor dan Kepulauan Riau membekalkan barangan ke Singapura untuk dieksport ke tempat yang lain, sementara Singapura menjadi sumber utama barangan dari negara asing ke rantau ini. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak arkeologi seperti seramik dan barangan kaca di Kepulauan Riau. Selain itu, produk kapas dieksport dari Jawa atau India melalui pelabuhan Singapura.[5]

Menjelang kurun ke-15, Singapura semakin hilang kepentingannya sebagi pusat perdagangan antarabangsa dengan munculnya Kesultanan Melayu Melaka, walau bagaimanapun aktiviti perdagangan masih berjalan seperti biasa di pelabuhan Singapura. Sebuah peta Singapura lakaran ahli matematik Portugis, Manuel Gordinho d'Eredia menunjukkan lokasi pejabat Syahbandar, pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perdagangan antarabangsa. Penemuan serpihan seramik kurun ke-15 dari Siam, dan porselin biru dan putih lewat kurun ke-16 atau awal kurun ke-17 dari China di Singapura dan Sungai Kallang membuktikan aktiviti perdagangan masih wujud ketika itu. Singapura juga membekalkan produk tempatan yang mandapat permintaan antarabangsa kepada pelabuhan serantau yang lain. Contohnya, kayu hitam ( nama generik yang digunakan orang Eropah untuk kayu ros ) telah dieksport dari Singapura ke Melaka, yang kemudiannya dibeli oleh pedagang China yang akan membawanya ke China untuk diproses menjadi perabot kayu. Pada awal kurun ke-17, penempatan utama di Singapura termasuk pelabuhannya telah dimusnahkan oleh satu angkatan perang dari Acheh. Semenjak itu, tiada penempatan atau pelabuhan penting yang wujud di Singapura sehingga tahun 1819 apabila Sir Stamford Raffles, yang teruja dengan perairannya yang dalam dan terlindung, menubuhkan satu penempatan baru dan pelabuhan antarabangsa untuk Empayar British.[5]

1819–1963[sunting | sunting sumber]

Untuk menarik minat para pedagang Asia dan Eropah terhadap pelabuhan baru ini, Raffles telah mengarahkan tanah di sepanjang tebing sungai Singapura terutamanya di tebing selatan, ditebus guna dan diberikan kepada pedagang China dan Eropah untuk menggalakkan mereka membina penempatan mereka dalam pelabuhan baru ini. Oleh kerana kekerapan aktiviti perdagangan merekea dengan pedagang Asia Tenggara sepanjang tahun, pedagang China membina pusat perniagaan di sepanjang hilir sungai, sementara pedagang Inggeris yang bergantung kepada import dari India setiap tahun, membina gudang-gudang mereka di sepanjang hulu sungai. Pelabuhan ini bergantung kepada tiga jaringan perdagangan utama yang wujud di Asia Tenggara ketika itu:

Jaringan-jaringan ini saling melengkapi, dan meletakkan Singapura sebagai pusat kepada perdagangan serantau dan antarabangsa. Pada tahun 1830 an, Singapura telah mengambil alih peranan Betawi (sekarang Jakarta) sebagai pusat persinggahan jong-jong China, dan juga sebagai pusat perdagangan Inggeris di Asia Tenggara. Singapura menjadi pilihan pedagang Asia Tenggara kerana ianya pelabuhan yang bebas berbanding pelabuhan utama lain yang mengenakan syarat-syarat yang membebankan. Singapura juga menggantikan tempat Tanjung Pinang sebagai laluan eksport bagi industri gambir dan lada di kepulauan RiauLingga pada tahun 1830 an, dan selatan Johor pada tahun 1840 an. Ia juga telah menjadi pusat perdagangan Teochew bagi hasil marin dan beras.[5]

Dengan bertambahnya jumlah perdagangan maritim pada kurun ke-19, Singapura menjadi pelabuhan utama kapal stim dan kapal biasa dalam perjalanan mereka di sepanjang laluan laut Asia. Dari tahun 1840 an, Singapura menjadi stesyen arang batu yang penting untuk jaringan perkapalan stim yang baru terbentuk. Pada penghujung kurun ke-19, Singapura menjadi pelabuhan utama dan pusat pentadbiran British di Semenanjung Tanah Melayu. Jalan dan laluan keretapi telah dibina untuk mengangkut barangan mentah seperti getah, timah dan minyak mentah dari Semenanjung Tanah Melayu ke Singapura untuk diproses menjadi keluaran asasi dan dihantar ke Britain dan pasaran antarabangsa yang lain. Pada zaman kolonial, inilah peranan terpenting pelabuhan Singapura.[5]

Selepas 1963[sunting | sunting sumber]

Singapura merdeka dari Empayar British selepas bergabung dengan Malaysia pada tahun 1963. Singapura hilang kepentingannya sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi kepada semenanjung Tanah Melayu. Aktiviti pemerosesan bahan mentah dari semenanjung di Singapura menurun dengan mendadak akibat ketiadaan pasaran bersama antara Singapura dan negeri-negeri di semenanjung.[5]

Semenjak kemerdekaan penuhnya pada tahun 1965, Singapura perlu bersaing dengan pelabuhan serantau yang lain untuk menarik minat pedagang dan syarikat perkapalan. Ia melakukannya dengan membina ekonomi yang berorientasikan eksport bersandarkan kepada pembuatan nilai tambah. Barangan mentah atau separa mentah akan diimport dari pasaran serantau atau antarabangsa, yang kemudiannya akan diberi nilai tambah dan dieksport kembali ke pasaran lain menerusi perjanjian akses pasaran seperti arahan Pertubuhan Perdagangan Sedunia dan Perjanjian Perdagangan Bebas.[5]

Pada era 1980 an, aktiviti perdagangan maritim di sekitar sungai Singapura telah dihentikan kecuali pengangkutan awam, setelah peranannya diambil alih oleh terminal dan pelabuhan di tapak yang baru. Pelabuhan Keppel sekarang mempunyai tiga terminal kontena. Terminal lain juga dibina di Jurong, Pasir Panjang dan Sembawang di utara. Pada masa kini, operasi pelabuhan di Singapura dikendalikan oleh dua syarikat: PSA International ( sebelumnya Port of Singapore Authority ) dan Jurong Port, yang mengoperasikan secara bersama enam terminal kontena dan tiga terminal kegunaan umum di Singapura.

Pada tahun 1990 an, pelabuhan ini menjadi semakin terkenal dan menandingi Pelabuhan Yokohama, sekaligus menjadi pelabuhan tersibuk berdasarkan tanan perkapalan.

Gambar panorama barat daya Singapura ini menunjukkan bahagian selatan Queenstown, Clementi dan Jurong. Terminal Kontena Pasir Panjang terletak di sebelah kiri dan Pelabuhan Jurong di latar belakang.

Operasi[sunting | sunting sumber]

M.T. Torben Spirit sedang berlabuh di Singapura – gambar diambil pada 6 September 2005.

Pelabuhan ini adalah yang tersibuk di dunia berdasarkan tanan perkapalan, dengan jumlah pengendalian sebanyak 1.15 bilion tan kasar pada tahun 2005. Berdasarkan tanan kargo, Singapura yang mengendalikan sebanyak 423 juta tan masih di belakang Pelabuhan Shanghai. Pelabuhan ini masih mengekalkan kedudukannya sebagai hab pemindahan tersibuk di dunia pada tahun 2005, dan juga sebagai hab pengisian bahan api terbesar di dunia dengan 25 juta tan dijual pada tahun yang sama.[6]

Singapura berada di tangga teratas dunia berdasarkan trafik kontena pada tahun 2005, dengan jumlah pengendalian 23.2 juta TEU. Peningkatan mendadak trafik kontena menyaksikan ia mengatasi Hong Kong semenjak suku pertama 2005,[7] dengan anggaran pengendalian sebanyak 19.335 juta TEU sehingga Oktober, berbanding Hong Kong yang mengendalikan 18.640 juta TEU dalam tempoh yang sama. Peningkatan trafik serantau mengukuhkan lagi kedudukannya di Asia Tenggara, dan peningkatan trafik pemindahan yang menggunakan laluan strategik Asia Timur-Eropah melaluinya membantu membawa Singapura ke tempat teratas pada penghujung tahun, satu kedudukan yang tak pernah dipegangnya semenjak mengatasi Hong Kong sekali pada tahun 1998.

Pengendali[sunting | sunting sumber]

Terminal Kontena Keppel di Singapura

Kemudahan kontena milik PSA:

  • Himpitan: 44
  • Panjang dermaga: 12,800 m
  • Luas kawasan: 436 hectares
  • Drauf maksimum: 16 m
  • Kren dermaga: 143
  • Kapasiti: 24,700 kTEU

PSA Singapore memiliki 13 himpitan di fasa dua Terminal Kontena Pasir Panjang yang dijangka siap pada tahun 2009. Fasa tiga dan empat akan menambah 16 lagi himpitan yang dijangka siap menjelang 2013.[8]

Kemudakan kontena milik Jurong Port:

  • Himpitan: 23
  • Panjang dermaga: 4,545 m
  • Drauf maksimum: 16 m
  • Saiz maksimum kapal: 150,000 tan metrik berat mati.
  • Luas kawasan: 1.2 km² Zon Perdagangan Bebas, 320,000 m² bukan Zon Perdagangan Bebas
  • Kemudahan gudang: 280,000 m²

PSA Singapore memiliki kontrak selama 40 tahun untuk mengendalikan pelabuhan bebas cukai Gwadar di barat daya pantai Pakistan. Gwadar memulakan operasi pada Mac 2008, dengan tiga himpitan pelbagai guna sepanjang 602 meter dan berkedalaman 12.5 meter. Sembilan lagi himpitan masih dalam pembinaan dengan kedalaman sehingga 20 meter.

Terminal[sunting | sunting sumber]

Terminal Pengendali Jenis Himpitan Panjang dermaga Kren dermaga Keluasan (Ha) Kapasiti (kTEU)
Brani (BT) PSA Kontena 9 2,629 29 79  
Cosco-PSA (CPT) Cosco/PSA Kontena 2 720 m   22.8 >1,000
Jurong JTC Pelbagai guna 23 4,547   152  
Keppel (KT) PSA Kontena 14 3,220 37 96  
Pasir Panjang (PPT) Fasa 1 PSA Kontena 6 1,885 19 71  
Pasir Panjang (PPT) Fasa 2A PSA Kontena 4 1,700 19 63 >4,000
Pasir Panjang (PPT) Fasa 2B PSA Kontena 4 (1 dalam pembinaan) 1,246 16 56 2,800
Pasir Panjang (PPT) Fasa 2C PSA Kontena 7 (dalam pembinaan)       5,600
Pasir Panjang (PPT) Fasa 2D PSA Kontena 5 (dalam pembinaan)        
Pasir Panjang (PPT) Fasa 3 PSA Kontena          
Pasir Panjang (PPT) Fasa 4 PSA Kontena          
Dermaga Pasir Panjang PSA Umum          
Sembawang PSA Umum          
Tanjong Pagar (TPT) PSA Kontena 8 2,320 27 80  

Dalam filem[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan ini didokumentarikan dalam siri MegaStructures dalam Saluran National Geographic, sebagai "Pelabuhan Tersibuk di Dunia" ( World's Busiest Port ).

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.singaporepsa.com/
  2. ^ Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. The Branch. XVI: 32. Unknown parameter |part= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ See 汪大渊 (Wang Dayuan) (1981). 岛夷志略校释 (Pinyin: Dǎoyí Zhìlüè Jiàoshì) (Brief Annals of Foreign Islands : A Collation and Elucidation). Beijing: Zhonghua Shuju (China Publishing House). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ From the Middle French meaning "helmet", a casque is an anatomical structure suggestive of a helmet, such as the horny outgrowth on the head of a cassowary: see "Casque". Merriam–Webster's Online Dictionary. Dicapai pada 2007-09-01.
  5. ^ a b c d e f Heng, Derek, "Continuities and Changes : Singapore as a Port-City over 700 Years", Biblioasia, Singapore: National Library Board, 1 (1): 12–16, ISSN 0219-8126.
  6. ^ "Singapore remains world's busiest port". China View, Xinhua News Agency. 2006-01-12. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Cher, Derek (2005-11-21). "Singapore port continues to outpace Hong Kong". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2009-07-15. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "S'pore to spend $2b on port expansion". AsiaOne News. 2007-12-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-29. Dicapai pada 2009-07-15. Check date values in: |date= (bantuan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Sinnappah Arasaratnam (1972). Pre-modern Commerce and Society in Southern Asia : An Inaugural Lecture Delivered at the University of Malaya on December 21, 1971. Kuala Lumpur: University of Malaya.
  • Braddell, Roland (1980). A Study of Ancient Times in the Malay Peninsula and the Straits of Malacca and Notes on Ancient Times in Malaya / by Dato Sir Roland Braddell. Notes on the Historical Geography of Malaya / by Dato F.W. Douglas (MBRAS reprints; no. 7). Kuala Lumpur: Printed for the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society by Art Print. Works.
  • Chiang, Hai Ding (1978). A History of Straits Settlements Foreign Trade, 1870–1915 (Memoirs of the National Museum; no. 6). Singapore: National Museum.
  • Hall, Kenneth R. (1985). Maritime Trade and State Development in Early Southeast Asia. Honolulu, Hi.: University of Hawai‘i Press. ISBN 0824809599 (pbk.) Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  • Ishii, Yoneo (ed.) (1998). The Junk Trade from Southeast Asia : Translations from the Tosen Fusetsu-gaki, 1674–1723. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS); Research School of Pacific and Asian Studies, Australian National History, Australian National University. ISBN 9812300228.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Miksic, John N. (1985). Archaeological Research on the "Forbidden Hill" of Singapore : Excavations at Fort Canning, 1984. Singapore: National Museum. ISBN 9971917165 (pbk.) Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  • Miksic, John N. (2004). Early Singapore 1300s–1819 : Evidence in Maps, Text and Artefacts. Singapore: Singapore History Museum. ISBN 9810502834 (pbk.) Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Ooi, Giok Ling (2004). Beyond the Port City : Development and Identity in 21st Century Singapore. Singapore: Prentice Hall. ISBN 013008381X (pbk.) Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Shaffer, Lynda Norene (1996). Maritime Southeast Asia to 1500. Armonk, N.Y.: M.E. Sharpe. ISBN 1563241447 (pbk.) Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  • Trocki, Carl A. (1979). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784–1885. Singapore: Singapore University Press.

Masa kini[sunting | sunting sumber]

  • Yap, Chris (1990). A Port's Story, A Nation's Success. Singapore: Times Editions for Port of Singapore Authority.
  • Ho, David K[im] H[in] (1996). The Seaport Economy: A Study of the Singapore Experience. Singapore: Singapore University Press. ISBN 997169199X (pbk.) Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  • Singapore Shipping: Past, Present & Future. Singapore: Singapore Shipping Association. 2000.
  • Danam, Jacqueline (ed.) (2003). PSA: Full Ahead. Singapore: PSA Corporation. ISBN 9814068470.CS1 maint: extra text: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]