Pelaburan dalam negara swasta kasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelaburan dalam negara swasta kasar ialah ukuran pelaburan yang digunakan untuk menghitung keluaran dalam negeri kasar (KDNK). Ia merupakan komponen yang penting kerana membekalkan penunjuk kepada keupayaan produktif ekonomi masa depan. Pelaburan dalam negara swasta kasar termasuk:

Ia biasanya berjumlah 15% hingga 18% daripada KDNK. Pelaburan bersih ialah pelaburan kasar tolak susut nilai. Pelaburan dalam negara swasta kasar merangkumi tiga jenis pelaburan:

  1. Pelaburan bukan kediaman: Perbelanjaan oleh firma untuk mesin, perkakas, dan sebagainya.
  2. Pelaburan kediaman: Termasuk perbelanjaan oleh isi rumah dan firma untuk membeli apartmen, bangunan, kilang, dan sebagainya.
  3. Perubahan inventori: Perubahan inventori firma dalam sesuatu tempoh. (Inventori ialah barangan yang dihasilkan oleh firma untuk dijual kemudian.)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.