Pelacuran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pelacur)
Pelacur di Tijuana, Mexico.

Pelacuran ialah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur ialah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.

Pelacuran adalah cabang industri seks yang selari dengan pornografi, tarian telanjang, dan bahkan semua mata pencarian yang berkaitan dengan eksploitasi aktiviti seksual dan persembahan yang berkaitan dengan seksualiti untuk menghiburkan orang lain.

Pelacuran banyak bertumpu di kota-kota raya yang membangun pada abad ke-19 seperti di George Town, Singapura, Surabaya dan Batavia yang memenuhi permintaan dari pegawai dan askar kelasi jajahan Barat dan buruh lelaki pendatang Asia tidak sahaja dengan bekalan candu tetapi juga pemudi-pemudi Semenanjung Melayu, Jawa, Sumatera sampai sejauh tanah besar China dan Jepun; ia berkurangan dengan bertambah majunya hubungan pengangkutan sedunia (seperti penciptaan kapal wap berkelajuan tinggi dan pembukaan Terusan Suez) seterusnya mengurangkan halangan untuk kaum wanita Barat berlayar atau merantau jauh ke benua Asia.[1]

Pelacur[sunting | sunting sumber]

Pelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan, ia ditakrifkan sebagai rogol. Bagi wanita yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, perlakuan ini dikenali sebagai perempuan simpanan. Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, perlakuan ini dikenali sebagai gigolo.

Pelacur biasanya terdedah kepada penyakit kelamin dan cenderung mendapat penyakit barah pangkal rahim.[2][3][4] Barah pangkal rahim ini dipercayai disebabkan oleh Virus Papilloma Manusia (Human Papilloma Virus (HPV)) yang sering terdapat pada sel pangkal rahim apabila mereka didapati mempunyai perubahan pra-barah atau barah. Oleh itu, mereka yang aktif secara seksual atau sering bertukar pasangan perlu menjalani ujian kesihatan yang lebih kerap seperti ujian lumuran Pap. [5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farish Noor (Okt–Dis 2015). "Money-making Bodies: Prostitution kn Colonial Southeast Asia". BiblioAsia. Jil. 11 no. 3. National Library Board. m/s. 14–19.CS1 maint: date format (link)
  2. ^ [1]
  3. ^ [2]
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-09. Dicapai pada 2007-04-04.
  5. ^ Cervical cancer vaccine benefits older women: study[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]