Peladunan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peladunan adalah kaedah membiarkan pangkal pokok tidak dipotong semasa penuaian supaya ladun (pucuk muda yang keluar dari dasar batang tanaman seperti pisang, padi, nanas, dan tebu) yang tumbuh akan menggantikan pokok induk yang dituai. Contohnya, dalam tanaman tebu, batang tebu dipotong ke aras 10 cm dan seterusnya ladun yang tumbuh akan menjadi hasil tuaian pada musim yang seterusnya. Ini dilakukan sehingga mendapat tiga kali tuaian daripada satu penanaman. Hasil akan menurun pada setiap kali ladun dituai dan selepas tiga pusingan tuaian, tebu perlu ditanam semula. Kebaikan kaedah ini ialah pengurangan kos penyediaan kawasan, dan memanjangkan hayat ekonomi tanaman.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Peladunan. PRPM.