Pelan pemasaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelan pemasaran ialah dokumen bertulis yang memperincikan tindakan-tindakan yang diperlukan untuk mencapai satu atau lebih tujuan pemasaran bagi produk atau perkhidmatan, jenama, atau rangkaian produk. Pelan pemasaran merangkumi satu atau lima tahun dan ia boleh menjadi sebahagian daripada keseluruhan daripada pelan perniagaan. Strategi pemasaran yang kukuh ialah asas kepada pelan pemasaran yang ditulis dengan baik. Pelan pemasaran yang mengandungi senarai tindakan tanpa rancangan pemasaran yang baik tidak berguna.

Proses merangka pelan pemasaran[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakan organisasi, "perancangan strategik" ialah proses tahunan, biasanya merangkumi tahun mendatang. Ada juga beberapa organisasi yang merangka pelan yang merangkumi sehingga tiga atau lebih tahun.

Untuk lebih berkesan, pelan ini harus dalam bentuk rasmi biasanya dalam bentuk bertulis, sebagai "pelan pemasaran". Proses ini bergerak daripada umum kepada khusus; daripada keseluruhan tujuan organisasi kepada tindakan terperinci setiap satu untuk membentuk satu program pemasaran. Ia juga merupakan proses interaktif, agar hasil daripada setiap tahap dapat diperiksa untuk melihat kesan yang ia berikan kepada tahap-tahap sebelumnya dan seterusnya dipinda.

Rujukan[sunting | sunting sumber]