Pelancar bom tangan M203

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelancar Bom Tangan M203
M203 yang dikembarkan dengan raifal tempur M16A1
JenisPelancar Bom Tangan
Tempat asal Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehAmerika Syarikat, Israel, Kanada, Australia, Argentina, Colombia, Malaysia, New Zealand, Sweden, Singapura, Chile, Greece, Ireland.
Sejarah pengeluaran
Kos unitAS$601 [1]
Spesifikasi
Berat3 paun (1.36 kg) (tanpa peluru)
Panjang laras12 inci (305mm)

Kartrij40 x 46 mm Grened
Kaliber40mm
AksiSatu das
Kadar tembakan5 hingga 7 butir seminit
Halaju muncung250 kaki sesaat (76 m/s)
Jarak tembakan efektif160 ela (150 m)
Jarak tembakan maksimum1,312 kaki (400 m)
PenglihatanPejera sukuan atau tangga pada raifal

Pelancar grened M203 secara amnya merujuk kepada senjata tentera Amerika Syarikat untuk pelancar grenad 40mm satu das yang dipasang pada raifal tempur M16 atau Karbin Colt M4.

M203 mempunyai kelainan-kelainannya yang tersendiri serta juga versi-versi yang boleh digunakan pada pelbagai raifal yang lain. Peranti itu dipasang di bawah laras, dan di hadapan kelopak peluru. Picunya hanya sedikit di hadapan kelopak peluru raifal tersebut. Kelopak peluru raifal berperanan sebagai penggenggam tangan ketika melancarkan grenad M203. Sebuah sistem pejera yang berasingan ditambahkan pada raifal yang dipasang dengan M203, kerana pejera piawai raifal itu tidak sepadan dengan pelancar ini. M203 dapat melancarkan grened biasa (Frag), grened berkuasa tinggi (High Explosive), asap, bom cahaya dan gegaran (Flashbang/Stun Grenade), peluru Buckshot, dan gas pemedih mata, serta juga grenad latihan.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pelancar grenad M203 merupakan satu-satunya projek raifal flechette yang dikilangkan dan diperkenalkan kepada angkatan tentera Amerika Syarikat pada awal dekad 1970an. Ia menggantikan pelancar grenad M79 yang lebih lama dan adalah serupa dengan reka bentuk Colt XM148 dari segi konsepnya. Bagaimanapun, sedangkan M79 merupakan sepucuk senjata yang berasingan pada keseluruhannya, M203 direka bentuk khusus sebagai sebuah peranti raifal untuk meningkatkan kecekapan askar bersilih ganti antara tembakan peluru dengan tembakan grenad.

Pelancar grenad M203 adakalanya dianggap sebagai pengganti yang tidak sebaik pelancar grenad M79, kerana sedangkan M79 adalah mudah dan cepat untuk mengisi semula peluru dan lebih kurang tepat di bawah keadaan-keadaan yang buruk, M203 adalah lebih susah untuk menangani dan lebih banyak gagal mengenai sasaran, akibat tiupan angin kencang dan sebagainya.

XM320, sebuah pelancar grenad yang baru, sedang dikembangkan dan akhirnya dijangka akan menggantikan pelancar grenad M203 di Amerika Syarikat. XM320 adalah lebih berat daripada M203, tetapi ia mempunyai banyak kelebihan.

Grenad-grenad 40 mm yang digunakan untuk pelancar grenad M203 (40 x 46 mm) adalah tidak sama dengan pelancar grenad Mk 19 (40 x 53 mm) yang ditembak pada halaju yang lebih tinggi.

Kegunaan pelancar grenad M203 yang termasyhur mungkin merupakan "kawan kecil" kepada Tony Montana dalam finale filem, Scarface (walaupun senjata yang digunakan dalam filem tersebut sebenarnya merupakan replika pelancar 37mm, dan bukannya M203).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ [1]