Pelancongan halal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelancongan halal ialah satu subkategori bagi pelancongan yang ditumpukan khas untuk keluarga Muslim yang terikat dengan hukum-hakam agama Islam. Hotel yang disediakan untuk kategori ini juga tidak menghidangkan arak dan mempunyai kemudiahan spa serta kolam renang yang berasingan untuk lelaki dan perempuan. Malaysia, Turki dan banyak lagi negara cuba menarik pelancong Muslim dari serata dunia dengan menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan fahaman agama pelancong Muslim.

Industri pelancongan halal juga menyediakan penerbangan yang tidak disajikan produk arak dan babi, mengumumkan waktu solat, dan meyiarkan rancangan berbentuk keagamaan sebagai sebahagian dari hiburan yang ditawarkan dalam penerbangan.

Laporan Euromonitor International yang dikeluarkan pada "World Travel Market" 2007 di London menyatakan terdapat potensi untuk pengembangan dalam pelancongan halal di Timur Tengah. Laporan turut menyebut pasaran untuk penerbangan permulaan halal, yang menyediakan makanan halal, azan, al-Quran dalam saku kerusi dan pemisahan antara penumpang lelaki dan perempuan.[1][2]

Banyak hotel antarabangsa turut menyediakan makanan hala iaitu disembelih mengikut hukum Syara' dan bebas dari sebarang bahan yang diharam oleh Islam seperti babi dan arak. Sesetengah hotel juga menggaji pekerja dari dunia Muslim untuk memudahkan penterjemahan dan lain-lain bantuan yang diperlukan oleh pelancong dari negara Islam.[3]

Artikel "The Economist" berkenaan perniagaan Halal diterbitkan pada 25 Mei 2013: "Ia bukan sahaja pengilangan produk halal. Perkhidmatan seperti percutian halal juga berkembang. Crescent Tours, pakar pelancongan dalam talian berasas di London, menempahkan hotel di Turki untuk pelanggan yang mempunyai kolam renang terpisah antara lelaki dan perempuan, restoran halal dan berpolisi tiada arak, dan menyewakan vila percutian dengan tembok yang tinggi."[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]