Pelanggar Hadron Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 46°14′N 06°03′E / 46.233°N 6.050°E / 46.233; 6.050

Rajah LHC

Pelanggar Hadron Besar (bahasa Inggeris: Large Hadron Collider, LHC) ialah pemecut zarah terbesar dan bertenaga tertinggi di dunia, yang dibina untuk melanggarkan alur tercas sama ada proton pada tenaga 7 TeV (1.12 mikrojoule) sezarah, atau nukleus plumbum pada tenaga 574 TeV (92.0 µJ) senukleus. Istilah hadron bererti zarah-zarah yang terdiri daripada kuark. LHC dijangka menjawab persoalan-persoalan paling asas dalam ilmu fizik, dengan harapan memajukan pemahaman hukum-hukum alam yang dalam sekali. LHC terletak dalam sebuah terowong bawah tanah berlilitan 27 kilometer (17 bt), sedalam 175 meter (574 ka) di bawah sempadan Perancis-Switzerland berhampiran Geneva, Switzerland.

Pelanggar Hadron Besar dibina oleh Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) dengan tujuan menguji pelbagai ramalan fizik bertenaga tinggi, termasuk kewujudan hypothesized boson Higgs yang dihipotesiskan selama ini[1] dan sefamili besar zarah-zarah baru yang diramai oleh supersimetri.[2] LHC dibiayai dan dibina bersama oleh lebih 10,000 orang saintis dan jurutera dari lebih 100 negara dan juga ratusan universiti dan makmal.[3]

Pada 10 September 2008, buat julung kalinya alur-alur proton berjaya diedarkan dalam gelang utama LHC,[4] tetapi sembilan hari kemudian, operasinya dihentikan kerana terdapat kerosakan besar di antara dua magnet lentur superkonduktornya.[5] Kerja-kerja pembaikan kerosakan dan memasang ciri-ciri keselamatan baru mengambil masa mencecah setahun.[6][7] Pada 20 November 2009, alur-alur proton berjaya diedarkan semula,[8] dengan pelanggaran antara proton pertama dicatat tiga hari kemudian pada tenaga suntikan 450 GeV sealur.[9] Maka itulah, LHC menjadi pemecut zarah bertenaga tertinggi di dunia pada 30 November 2009, dengan mencapai rekod dunia 1.18 TeV sealur, sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh Tevatron dari Fermilab.[10] Selepas ditutup sempena musim sejuk pada tahun 2009, LHC dibuka semula dan alurnya ditingkatkan kepada 3.5 TeV sealur,[10] iaitu separuh tahap tenaga rekaannya,[11] yang dirancangnya selepas penutupannya pada tahun 2012.

Pada 30 Mac 2010, pelanggaran terancang pertamanya dilakukan antara dua alur 3.5 TeV, yang mencatat rekod dunia baru untuk pelanggaran zarah buatan manusia bertenaga tertinggi.[12]

Pemecut ini dinaiktarafkan selama dua tahun sebelum ia dihidupkan semula pada awal tahun 2015 untuk pusingan penyelidikannya yang kedua. Pengoperasian tersebut menghasilkan sehingga 6.5 TeV sealur (13 TeV secara keseluruhannya, yakni menjadi suatu rekod dunia yang baru).[13][14][15][16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Missing Higgs". CERN. 2008. Dicapai pada 2008-10-10.
  2. ^ "Towards a superforce". CERN. 2008. Dicapai pada 2008-10-10.
  3. ^ Roger Highfield (16 September 2008). "Large Hadron Collider: Thirteen ways to change the world". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-14. Dicapai pada 2008-10-10.
  4. ^ "First beam in the LHC – Accelerating science" (Siaran akhbar). CERN Press Office. 10 September 2008. Dicapai pada 2008-10-09.
  5. ^ Paul Rincon (23 September 2008). "Collider halted until next year". BBC News. Dicapai pada 9 Oktober 2008. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "CERN management confirms new LHC restart schedule" (Siaran akhbar). CERN Press Office. 9 February 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-18. Dicapai pada 2009-02-10.
  7. ^ "CERN reports on progress towards LHC restart" (Siaran akhbar). CERN Press Office. 19 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-06. Dicapai pada 21 Julai 2009.
  8. ^ "The LHC is back" (Siaran akhbar). CERN Press Office. 20 November 2009. Dicapai pada 20 November 2009.
  9. ^ "Two circulating beams bring first collisions in the LHC" (Siaran akhbar). CERN Press Office. 23 November 2009. Dicapai pada 2009-11-23.
  10. ^ a b "LHC sets new world record" (Siaran akhbar). CERN Press Office. 30 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-02. Dicapai pada 2010-03-30. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "CERN20091130" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ "Collider to Operate Again, Though at Half Power" (Siaran akhbar). The New York Times. 4 Februari 2010. Dicapai pada 5 Februari 2010.
  12. ^ "CERN LHC sees high-energy success" (Siaran akhbar). BBC News. 30 Mac 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBC tidak disediakan
  14. ^ O'Luanaigh, Cian. "Proton beams are back in the LHC". CERN: Accelerating science. CERN. Dicapai pada 24 April 2015.
  15. ^ "Large Hadron Collider turns on 'data tap'". BBC News. Dicapai pada 28 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  16. ^ "LHC smashes energy record with test collisions". BBC News. Dicapai pada 28 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:CERN