Pelukis Agung Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pembebasan St Peter. Museo Nazionale di Capodimonte, Naples. Dianggap salah satu karya terulung Battistello, salah seorang Pelukis Agung

Pelukis Agung Eropah (bahasa Inggeris: Old Master) adalah istilah bagi pelukis Eropah berkaliber yang membuahkan hasil sebelum lingkungan tahun 1800. Lukisan mereka digelar karya Pelukis Agung, manakala teraan pelukis agung (old master print) ialah gambar teraan atau cetakan (seperti ukiran (engraving) atau goresan (etching) pelukis zaman itu. Begitu juga dengan lakaran Pelukis Agung (Old Master drawing).

Secara teori, Pelukis Agung sepatutnya pelukis yang mendapat latihan penuh dan bekerja sendiri tapi hakikatnya, lukisan-lukisan yang merupakan hasil pelajar-pelajar atau bengkel-bengkel beliau, turut dirangkum istilah ini. Lantas, kriteria penggunaan istilah lebih mementingkan tarikh karya dan bukan kualitinya (tetapi di atas tahap kualiti minimum).

Pada abad ke-18 dan ke-19, istilah ini biasanya merujuk kepada tarikh awal penghasilan karya pada lingkungan 1450 atau 1470; lukisan-lukisan sebelumnya dianggap "primitif", namun pengelasan begini tidak lagi dibuat.

Tarikh penamat penghasilan, semestinya agak samar - Goya (17461828) pastinya seorang Pelukis Agung dan beliau terus melukis dan menghasilkan teraan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1828. Sebagai perbandingan, istilah ini boleh digunakan tetapi biasanya tidak untuk John Constable (17761837) mahupun Eugene Delacroix (17981868).

Istilah ini biasanya dielakkan oleh ahli sejarah seni kerana terlalu samar, terutamanya apabila membincangkan lukisan-lukisan tetapi tidak pula apabila membincangkan teraan-teraan dan lakaran-lakaran Pelukis Agung. Penggunaanya lebih dalam jual beli karya seni. Syarikat-syarikat lelong biasanya masih lagi mengelaskan jualan, contohnya: "Lukisan Pelukis Agung", "Lukisan abad ke-19" dan "Lukisan moden". Syarikat Christie's mentakrifkannya sebagai karya dari lingkungan "abad ke-14 hingga ke-19".

Senarai Pelukis Agung[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]