Peluru berpandu Blue Streak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Blue Streak.JPG

Peluru berpandu Blue Streak merupakan program memajukan peluru berpandu balistik British yang gagal pada pertengahan sehingga lewat 1950an. Keseimbungan dari program roket Black Knight.

Pada April 1954 pihak Amerika mencadangkan program kerja sama untuk peluru berpandu balistik, Amerika Syarikat akan memajukan ICBM jarak 5000nm, United Kingdom dengan bantuan Amerika Syarikat akan memajukan MRBM jarak 2000nm. Cadangan itu diterima sebagai sebahagian daripada perjanjian Wilson-Sandys pada Ogos 1954 - yang menjadi asas untuk kerjasama, pertukaran maklumat, dan perancangan bersama untuk program pembangunan. Keputusan untuk memajukan digalakkan oleh apa yang boleh dipelajari mengenai rekabentuk dan pembangunan misil di Amerika Syarikat.

De Havilland memenangi kontrak untuk membina misil, dan akan dikuasakan oleh enjin Rocketdyne S3D, dimajukan oleh Rolls-Royce, dan dikenali sebagai RZ2.

Bagaimanapun kemushkilan timbul apabila jangkaan kos meningkat, dari jumlah asal £50 juta diberikan kepada Perbendaharaan pada awal 1955 kepada £300m lewat tahun 1959. Program ini merangkak berbanding kepantasan pembangunan di US dan USSR.

Akhirnya projek itu dibatalkan disebabkan kurang keyakinan sebagai penghalang "deterrent". Sebelum ia digunakan, ia telah lapuk. Menggunakan bahan api cecair oksigen-minyak tanah "kerosine" dan beroperasi dari tapak tetap, bererti kelewatan pelancaran disebabkan pengisian bahanapi berbanding dengan amaran kemungkinan masa serangan terlampau tinggi untuk misil bertindak balas kepada serangan Russia. Juga kesemua "Chief of Staff" secara sepakat mengatakan bahawa Blue Streak sebagai senjata tembakan pertama sebagai tidak diterima. Sekitar £60 juta telah dibelanjakan.

Harapan kerajaan dialihkan kepada misil Skybolt Anglo-American, sebelum ia juga dibatalkan dan pihak British terpaksa merebut Polaris dari pihak Amerika.

Selepas pembatalan sebagai projek ketenteraan, terdapat keengganan untuk membatalkan projek secara langsung disebabkan pelaburan tinggi yang telah di buat. Pembangunan misil diteruskan di bawah naungan ELDO, European Launcher Development Organisation "Organisasi Pembangunan Pelancar Eropah". Blue Streak menjadi pelancar satelit tahap pertama yang dikenali sebagai Black Prince "Putera Hitam", tahap kedua dikenali sebagai misil Black Knight "Kesasteria Hitam", dan tahap suntikan orbit merupakan motor bahan api pepejal.

Tahap pertama Blue Streak berjaya diuji beberapa kali di lapangan ujian Woomera di Australia, tetapi roket lengkap tidak pernah terbang.

Usaha terakhir menggunakan Blue Streak adalah dipelancar Europa I, yang sekali lagi menggunakan Blue Streak sebagai tahap pertama, tetapi menggunakan tahap kedua dan ketiga Perancis dan Jerman. Walaupun beberapa pelancaran dibuat, komponen Perancis dan Jerman terbukti tidak boleh diharap menyebabkan pembatalan projek, dan penamat Blue Streak.

Sebagai nota kaki, dalam sebelas ujian pelancaran Blue Streak, tidak terdapat satu kegagalanpun, kejayaan yang hanya disaingi oleh Saturn V.