UGM-27 Polaris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Peluru berpandu Polaris)

Peluru berpandu Polaris merupakan peluru berpandu balistik lancaran kapal selam (SLBM) yang boleh membawa kepala peledak nuklear yang dimajukan ketika perang dingin untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Lockheed memajukannya sebagai peluru berpandu balistik armada "Fleet Ballistic Missile (FBM)" untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Ujian yang pertama berjaya dilancarkan dari Cape Canaveral pada 7 Januari, 1960. Kepala peledak nuklear telah dimajukan di (pada masa ini) Lawrence Livermore National Laboratory oleh pasukan yang diketuai oleh Harold Brown semenjak 1957.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 1960, pihak Tentera Laut A.S menerima penghantaran 16 kepala peledak pertama dan pada 15 November peluru berpandu Polaris pertama diuji tembak daripada kapal selam. Peluru berpandu tersebut sepanjang 12.3 [[meter|m] (40.5 kaki) dan dengan panjang ridip 2.6 m (8.5 kaki) dan berkeupayaan membawa kepala peledak 1 Megatan (Mt) sejauh 4000 km.

Versi Polaris pertama, A-1, seberat 28,800 paun (13 tan), berdiri 28.5 kaki (8.7 m) tinggi, dengan diameter 54 inci (1.4 m), dan mempunyai jarak 1000 batu nautikal (1,852 km). Ujian pelancaran dari kapal selam pada 20 Julai 1960, merupakan yang pertama dilancarkan daripada pelantar bawah air. USS George Washington merupakan armada kapal selam peluru berpandu balistik (SSBN dalam istilah angkatan laut Amerika Syarikat, membawa enam belas peluru berpandu. Dari tahun 1960 sehingga 1966 empat puluh SSBN lagi telah dilancarkan.

Versi selanjutnya (A-2, A-3, dan B-3) adalah lebih besar, lebih berat, dan mempunyai jarak lebih jauh. Peningkatan jarak adalah paling penting: A-2 mampu terbang sejauh 1500 batu nautikal (2,300 km), A-3 2500 batu nautikal (4,600 km), dan B-3 2000 batu nautikal (3,700 km). A-3 mempunyai ciri multiple-reentry vehicles (MRV) dan B-3 mempunyai ciri pembantu penembus untuk menangkis pertahanan anti peluru berpandu balistik Soviet. B-3 berubah kepada C-3 peluru berpandu Poseidon.

Peluru berpandu ini menggantikan Poseidon pada awal tahun 1972, dalam tahun 1980-an keduanya digantikan dengan Trident I.

Polaris British[sunting | sunting sumber]

Pihak British menggunakan Polaris akibat kegagalan peluru berpandu Blue Streak dan pembatalan projek Skybolt pada tahun 1950-an. Harold Macmillan dan John F. Kennedy bersetuju pada tahun 1962 semasa di Persidangan Nassau bahawa Amerika Syarikat akan membekalkan British dengan peluru berpandu Polaris. Amerika Syarikat akan membekalkan peluru berpandu, tuib pelancar dan sistem kawalan pelancar, sementara kepala peledak dan kapal selam adalah buatan British. Sebagai balasan, Amerika Syarikat diberikan jaminan berkenaan penggunaan peluru berpandu tersebut. Perjanjian jualan Polaris ditanda tangani pada 6 April, 1963.

Kapal selam Polaris British adalah kapal selam Kelas Resolution. Sistem Polaris mengalami program memanjangkan jangka hayat yang meluas dipanggil Chevaline, yang antara lain menggandakan jumlah kepala peledak yang mampu dibawa sistem Polaris.

Pihak British akhirnya menaik taraf kepada peluru berpandu Trident selepas perdebatan politik mengenai kos dan keperluan, tetapi menunggukan versi Trident II (D5).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]