Peluru berpandu Rapier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rapier
Swiss rapier missile.jpg
Tapak Swiss Rapier,
generator dilatar
Jenis peluru berpandu permukaan-ke-udara
Asal United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1971–kini
Digunakan oleh See Pengendali
Perang Perang Falklands
Perang Iran-Iraq
Perang Teluk
Sejarah pengeluaran
Pereka British Aircraft Corporation
Tarikh cipta 1963
Pengeluar British Aircraft Corporation (1963-1977)
BAe Dynamics (1977-1999)
MBDA (UK) Ltd (sejak 1999)
Tarikh pengeluaran 1969-1990s
Jumlah dibina ~25,000 peluru berpandu, 600 pelancar dan 350 radar
Variasi Mk1 ("Hittile"), peluru berpandu Mk2B
Spesifikasi
Berat 45 kg
Panjang 2.235
Ukur lilit 0.133 m

Peledak Kepala peledak letupan serpihan jarak dekat
Mekanisma
letupan
Fius kimia pencetus jarak

Enjin roket bahanapi pepejal
Panjang
sayap
0.138
Jarak
operasi
400 - 6,800 m
Tinggi
maksimum
3,000 m
Kelajuan Mach 2.5
Sistem
panduan
GGU
Sistem
pengemudi
kawalan permukaan
Platfom
pelancaran
kenderaan atau treler


Rapier merupakan peluru berpandu permukaan-ke-udara yang dibangunkan bagi Tentera British dan Royal Air Force. Memasuki perkhidmatan pada tahun 1971, ia akhirnya menggantikan keseluruhan senjata anti-pesawat lain dalam perkhidmatan Tentera Darat; meriam bagi sasaran altitude rendah, dan English Electric Thunderbird.,[1] digunakan terhadap sasaran jarak jauh dan altitude tinggi. Ketika ancaman udara bergerak dari misi strategik altitude serdahana kepada serangan udara altitude rendah, tempoh tindak balas pantas dan pergerakan tinggi Rapier menjadikan ia lebih merbahaya berbanding kedua senjata tersebut, menggantikan kebanyakan dari mereka menjelang 1977. Ia kekal sebagai senjata pertahanan udara utama UK selepas hampir 35 tahun perkhidmatan, dan penggunaannya dijangka berterusan sehingga 2020.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Rapier bermula pada tahun 1961 sebagai usaha swasta di British Aircraft Corporation (BAC) dikenali sebagai "Sightline".[2] Projek tersebut bertujuan menentang pesawat supersonik, gerakan tinggi, tahap rendah, mengabaikan sebarang cubaan bagi panduan automatik diganti sistem optik sepenuhnya. Sistem optik menjamin ketepatan tinggi, dengan itu ia dibangunkan dengan tujuan menghentam secara langsung sasarannya, mengurangkan saiz kepala peledak yang diperlukan bagi menjamin kemusnahan, dan menyingkirkan keperluan bagi fius hampir jarak. BAC bergurau menyatakan sistem tersebut sebagai "hit-ile", dan bukannya "miss-ile".

Pada ketika itu Tentera British merancang untuk membeli sistem MIM-46 Mauler Amerika yang maju bagi keperluan pertahanan udaranya. Apabila Mauler menghadapai masalah pada tahun 1963, Kementerian Pertahanan British mengeluarkan keperluan ET.316 dan mula menaja Sightline sebagai sokongan sekiranya Mauler gagal. Ia berlaku dan ET.316 dibangunkan sepenuhnya sebagai "Rapier", dengan ujian pelancaran pertama peluru berpandu tersebut berlangsung pada tahun 1966.[2] Keseluruhan sistem diuji pada tahun 1968, yang mendorong kepada kontrak pengeluaran dikeluarkan pada tahun 1969. Sistem tersebut memasuki perkhidmatan pada tahun 1971 dengan Tentera British, dan pada tahun 1974 dengan Regimen Pasukan Udara DiRaja British.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Rapier yang asal berbentuk pelancar beroda dengan empat peluru berpandu, sebuah unit penjejak optik, penjana dan treler barangan - keseluruhan sistem bersama-sama dengan pengendalinya dihantar oleh dua Land Rover yang dinamakan Lori Unit Tembak ("Fire Unit Truck -FUT) dan Kenderaan Sokongan Terpisah (Detachment Support Vehicle-DSV). Pelancar ini terdiri daripada satu unit silinder yang besar yang membawa dua peluru berpandu pada setiap sisi, cakera radar pengawasan dan "Pengenalan rakan atau lawan" (IFF) di bawah sistem Radome di atas, komputer pembimbing dan pemancar radar dan penerima elektronik di bahagian bawah, dan antena parabola yang menonjol bagi menghantar arahan panduan kepada peluru berpandu di hadapan.

Pada tahun 1980 setiap unit tembak Artileri Diraja terdiri daripada 101 FC 1 tan 24V Land Rover menunda Pelancar Rapier dan membawa 4 peluru berpandu di atasnya, satu Land Rover 109" 3/4 ton 24v Dipasang Radio (Fitted For Radio-FFR) menunda sebanyak 1 tan Trailer Bekalan Peluru berpandu (Missile Supply Trailer-MST), yang mengandungi sehingga 10 lagi peluru berpandu. Walau bagaimanapun, Blindfire hanya dibekalkan bagi Templat:Frac 1/3 unit tembak dalam perkhidmatan Tentera British tetapi semua bagi Regiment RAF.

Bateri Artileri Diraja terdiri dari tiga tentera setiap satu bagi empat unit tembak sementara skuarden Regiment RAF memiliki lapan unit tembak.

Radar pencara adalah jenis Doppler denyutan dengan jarak sekitar 15 km. Aerialnya terletak di atas pelancar, berputar sekitar sekali setiap satu saat, mencara sasaran bergerak yang "kelihatan" akibat anjakan Doppler. Apabila sasaran dikesan, satu lampu menyala pada Pemilih Zon Engagemen (Selector Engagemen Zone - SEZ), satu kotak yang mengandungi 32 lampu kuning bata disusun membentuk bulatan sekitar saiz stering kereta. Pengendali radar juga boleh memadam pulangan dari arah lain, memberikan kerentanan penyesakan.

Unit penjejak optik terdiri daripada bahagian bawah yang pengun dan bahagian atas yang berputar. Bahagian bawah mengandungi kawalan pengendali, sementara bahagian atas mengandungi optik penjejak. Sistem optik pengendali adalah teleskop yang diubahsuai yang mengandungi prisma Dove untuk mengelakkan imej 'merosot' ketika optik berputar mengikut azimut. Sistem ini bererti bahawa, tidak seperti periskop, pengendali tidak perlu bergerak untuk mengesan sasaran. Bahagian atas juga mengandungi sistem pengesanan peluru berpandu yang berasingan yang telah diikat pada optik pengendali, berdasarkan kamera televisyen dioptimumkan untuk jalur IR.

Apabila dikesan, sistem pengesanan optik kemudiannya akan dibidik pada azimut sasaran dan pengendali kemudian akan mencari sasaran menurut ketinggian. Sudut pandangan pengendali ini bergantung pada julat sasaran: "lebar" pada kira-kira 20 darjah atau "trek" pada kira-kira 4.8 darjah. Apabila sasaran didapati pengendali beralih pada ke "trek" dan menggunakan kayu bedik untuk mengekalkan sasaran di tengah teleskop. Apabila trek stabil telah ditetapkan peluru berpandu dilancarkan. Kamera TV pada penjejak itu ditala untuk mengesan empat suar di ekor peluru berpandu. Seperti teleskop pengendali, sistem TV mempunyai dua pandangan, satu kira-kira seluas 11 darjah untuk "tangkapan" awal, dan satu lagi di 0.55 darjah untuk menjejak.

Perbezaan di antara garis penglihatan teleskop pengendali dan suar peluru berpandu telah dikira oleh komputer pada dasar pelancar, dan panduan dihantar kepada peluru berpandu melalui sambungan pemanduan, diterima pada antena kecil di bahagian belakang sirip tengah badan. Pengendali hanya sekadar menetapkan teleskop silang tepat pada sasaran dengan menggunakan kayu bedik, dan peluru berpandu secara automatik akan terbang pada garis penglihatan, sistem operasi yang dikenali sebagai SACLOS.

Peluru berpandu mengandungi 1.4 kg kepala peledak yang kecil dengan fius hentaman dan motor roket pepejal satu peringkat yang memecutkan peluru berpandu kepada kira-kira 650 m/s. Masa keterlibatan bagi julat berkesan maksimum adalah kira-kira 13 saat. Masa tindak balas dari permulaan pengesanan sasaran sehingga pelancaran peluru berpandu adalah kira-kira 6 saat, yang telah berulang kali disahkan melalui tembakan langsung.

Radar Blindfire[sunting | sunting sumber]

Unit radar Blindfire

Sungguhpun ia tepat dan mudah digunakan, sistem Rapier asal jelas kekurangan keupayaan semua cuaca. Bagi memenuhi keperluan ini, BAC mula membangunkan unit pemanduan radar berasingan, terutamanya bagi menggalakkan jualan asing. Ini mendorong pada pengenalan radar Marconi DN 181 "Blindfire" pada tahun 1970,[3] contoh pertama dijual pada Tentera Iran pada tahun 1973. Tentera British tidak membeli sistem Blindfire sehingga tahun 1979, memulakan perkhidmatan dengan Rapier "Field Standard A" (FSA). Menjelang tahun 1997 lebih dari radar 350 Blindfire telah dihasilkan.

Ketika itu, Regimen Pasukan Udara Diraja British telahpun mempunyai 27 Squadron beroperasi dengan Blindfire di RAF Leuchars menjelang 1979, dan dalam proses menjadikan keseluruhan skuarden Pertahanan Udara Di Darat RAF Regiment GBAD ("Ground Based Air Defence") Squadrons beroperasi.

Bagi memastikan ketepatan, Blindfire menggunakan pancaran "pensil" halus dan menjejak kedua-dua sasaran dan peluru berpandu. Bagi membenarkan pengendali memantau sistem Blindfire ketika ia menjejak sasaran, penjejak optik sedia ada disambung pada radar Blindfire, sungguhpun adalah boleh bagi penjejak optik diatur "laid on" secara insani pada sasaran kedua ketika Blindfire menyerang sasaran pertama. Treler Blindfire membawa penjananya sendiri, Land Rover ketiga (12v winch equipped 101 FC) - the Tracking Radar Tractor (TRT) - bagi menundanya.

Rapier Bertrek[sunting | sunting sumber]

Rapier Bertrek (Pandangan belakang)

Dengan penjualan pada Iran terdapat permintaan tambahan bagi versi Rapier bergerak. BAC bertindakbalas dengan menyesuaikan sistem Rapier pada M548, versi pengangkut kargo bagi kenderaan tempur berperisai M113. Pembangunan bermula pada tahun 1974 sebagai "Rapier Bertrek", tetapi belum dihantar apabila Shah kehilangan kuasa pada tahun 1978. Kenderaan itu kemudiannya dibeli oleh Tentera British. Pertunjukan umum pertama bagi Rapier Bertrek adalah pada tahun 1983 Royal Tournament di Earls Court, (tema tahun itu, bersesuaian, artileri sepanjang zaman). Rapiers Bertrek pertama memasuki perkhidmatan dengan 11 (Sphinx) Bateri Pertahanan Udara, dari Regimen Pertahanan Udara ke-22, Royal Artillery pada tahun 1983 di Berek Napier berhampiran Dortmund.

Penukarannya agak mudah; unit pelancar diletakkan pada jauh kebelakang pelantar kargo di belakang pengangkut M548, dan sistem penjejak diletakkan di dalam kabin pada bahagian hadapan kenderaan, penonjol melalui bumbung salah satu liang turet di bumbung. Penjejak optikal dikendalikan dari sebelah kiri kabin krew, sementara sebelah kanan terletak pemandu dan pengawal taktikal. Kabin krew agak sempit disebabkan tiga krew dengan semua peralatan dimuatkan di dalam ruang yang pada asalnya bertujuan bagi memuatkan dua orang. Dari mula berhenti sehingga menembak hanya memakan masa 30 saat, peningkatan yang banyak berbanding Rapier Ditunda, yang memerlukan sekurang-kurangnya suku jam bagi dipasang. Perbezaan terbesar antara Rapier ditunda dan bertrek adalah pelancar Rapier bertrek memiliki lapan peluru berpandu berbanding empat pada sistem ditunda. Malangnya peralatan itu juga turut memperlahankan kenderaan, dengan prestasi merentas desa berkurangkan sehingga pada sekitar 15 km/jam.

Tidak terdapat ruang bagi Blindfire pada M548 tunggal, dengan itu ia ditunda atau di bawa oleh M548 berasingan. Menyuap data pada sistem kawalan dalam unit tembak dengan itu memerlukan tempoh pemasangan lebih lama bagi menyambungkan kedua kenderaan. Dengan peralatan yang kurang, kenderaan sokongan turut ditugaskan bagi membawa kit lapangan, ration dan air.

Selepas memasuki perkhidmatan pada awalnya, Rapier Bertrek ditingkatkan beberapa kali bagi mengikuti peningkatan yang diperkenalkan pada semua sistem Rapier. Versi terkini termasuk penjejak pada topi keledar baru yang membenarkan pengendali taktikal dengan pantas pembidik penjejak pada sasaran ketika berdiri pada turet pada bumbung kenderaan yang lain.

Rapier Bertrek ditamatkan perkhidmatan pada awal 1990-an. Semasa Perang Teluk bateri bertrek artileri diraja regimen 1, 12 dan 16, bergabung bagi memberikan sokongan rapier bertrek bagi regimen berperisai bertugas.

Rapier Bertrek sejak itu telah digantikan dengan pelancar peluru berpandu Starstreak dupasang pada Alvis Stormer.

FSB[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas memperkenalkan FSA, "Field Standard B" (FSB) menambah beberapa peningkatan asas. Tambahan lagi, radar pencari dipertingkat supaya mudah dipadamkan bagi menghadapay serangan peluru berpandu anti-pancaran ("anti-radiation". FSB termasuk pengajaran dari kempen Falklands, terutamanya 'kayu bedik' yang membolehkan komander hadapan bagi unit tembak untuk menunding unit pembidik pada sasaran.

Laserfire[sunting | sunting sumber]

Dengan pelbagai peningkatan dan komponen baru, sistem Rapier kos rendah yang asal telah tiada. Bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa bagi sistem kos lebih rendah, BAC memulakan pembangunan bagi "Rapier Laserfire" pada tahun 1982. Laserfire menggantikan unit penjejak optik dengan sistem iluminasi laser baru yang jauh lebih kecil, membenarkan keseluruhan sistem dimuatkan pada satu palet yang sendirinya boleh dipasang pada lori ataru kenderaan rata yang lain.

Engagemen awal adalah sama dengan Rapier asal, tetapi sasaran diiluminasi dan dijejak secara automatik oleh laser YAG:Nd berkuasa tinggi. Selepas peluru berpandu dilepaskan, pancaran laser bergilir menerangkan sasaran dan peluru berpandu bagi menentukan lokasinya, dan pemanduan dihantar pada peluru berpandu seperti biasa. Laserfire dengan itu mewakili peningkatan utama pada sistem optik asal, membenarkan pertempuran separa automatik, dan mengurangkan dengan banyaknya kemahiran dan latihan pengguna yang diperlukan.

Disebaliknya, Laserfire tiada lagi sistem optik yang asal, yang memainkan peranan penting kedua bagi membenarkan pesawat dikenal pasti secara visual pada jarak jauh. Tambahan lagi, sungguhpun sistem penjejak Laserfire berupaya beroperasi pada waktu malam, penguncian sasaran adalah optikal, sebagaimana Rapier yang asal.

Darkfire[sunting | sunting sumber]

Muzium[sunting | sunting sumber]

Contoh dipamerkan di bawah penutup hangar di IWM Duxford.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Bendera Iran Iran
 Indonesia
Bendera Kenya Kenya
A Republic of Singapore Air Force Rapier SAM system
 Malaysia
 Oman
 Singapura
 Switzerland
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki
 Emiriah Arab Bersatu
Bendera United Kingdom United Kingdom
 Zambia

Former Operators[sunting | sunting sumber]

Bendera Australia Australia
Bendera Iran Iran
 Libya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
  1. 36regimentra.org.uk, English Electric Thunderbird Project Details
  2. 2.0 2.1 "Rapier 2000/Jernas", Jane's Strategic Weapon Systems, 15 February 2008
  3. Armedforces.co.uk, Blindfire Radar Introduction Details
  4. Rapier Ground Based Missile Defence System, United Kingdom, army-technology.com
  5. "SIPRI arms transfer database". Stockholm International Peace Research Institute. Information generated in 18 June 2011. Diperoleh pada 18 June 2011. 
  6. Moorcraft, Paul L.; McLaughlin, Peter (April 2008) [1982]. The Rhodesian War: A Military History. Barnsley: Pen and Sword Books. ISBN 978-1-84415-694-8. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]