ASMP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Peluru berpandu nuklear ASMP)
ASMP
ASMP-A
Penerangan
Jenis Peluru berpandu nuklear Udara-ke-Permukaan Jarak Sederhana
Pengeluar Aérospatiale
Mula digunakan 1986
Pengguna Perancis
Variasi ASMP-A atau ASMP+ (dijangka pada 2010)
Ciri-ciri umum
Panjang 5.38 m
Diameter 300 mm
Berat peluru berpandu 860 kg
Berat kepala peledak 150 atau 300 kilo tan (peledak nuklear-TN 81)
Enjin Pelantak jet (bahan api cecair)
Kelajuan Mac 2-3
Jarak 80-300 km
Platfom pelancaran Dassault Mirage IV, Dassault Mirage 2000N, Dassault Rafale, dan Dassault Super Étendard

ASMP atau nama penuhnya dalam (Bahasa Perancis : Air-Sol Moyenne Portée) adalah sebuah peluru berpandu udara ke permukaan nuklear jarak sederhana buatan Perancis. Sebahagian daripada Force de frappe, dalam dasar nuklear Perancis ialah tindakan terakhir "tembakan amaran" sebelum gerakkan besar-besaran senjata nuklear strategik. Pembinaan peluru berpandu ini diberikan kepada Bahagian Peluru Berpandu Taktikal Aérospatiale, yang mana sekarang sebahagian daripada MBDA.

ASMP memasuki perkhidmatan pada tahun 1986, menggantikan versi awal bom jatuh-bebas bom AN-22 pada pesawat Dassault Mirage IV dan bom AN-52 pada Dassault Super Étendard. Kira-kira 84 ASMP disimpan. Pesawat pembawa peluru berpandu ini ialah Dassault Mirage 2000N, Rafale, dan Super Étendard. Pesawat Mirage IVP bersara sepenuhnya dalam tahun 1996.

Panjang dan berat ASMP adalah 5.38 m dan 860 kg. Ia peluru berpandu jenis luncuran berkelajuan supersonik yang dipacu oleh bahan api cecair ramjet. Ia berupaya untuk meluncur pada Mach 2 hingga Mach 3, dengan jarak di antara 80 km hingga 300 km bergantung kepada profil penerbangan. Kepala peledak adalah satu unit TN 81 dengan 2 pilihan, 150 dan 300 kt bahan TNT.

Peluru berpandu ASMP yang lebih maju dan jauh, dikenali sebagai ASMP-A atau ASMP+, sekarang masih di bawah pembangunan, dan dijangka memasuki perkhidmatan pada tahun 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]