Pemadanan galangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang elektronik, pemadanan galangan merupakan amalan mereka galangan input beban elektrik (atau galangan output punca isyarat yang berkenaan) untuk memaksimumkan pemindahan kuasa atau mengurangkan pantulan dari beban.

Gambarajah skema galangan litar punca dan beban
Galangan litar punca dan beban

Dalam hal galangan punca ZS dan galangan beban ZL yang rumit, kuasa maksimum diperoleh apabila

Z_\mathrm S = Z_\mathrm L^* \,

yang mana * menandakan jodoh kompleks. Pantulan minimum dicapai apabila

Z_\mathrm S = Z_\mathrm L \,

Konsep pemadanan galangan asalnya dimajukan untuk kejuruteraan elektrik, tetapi boleh diterapkan dalam sebarang bidang lain di mana sebentuk tenaga (yang tidak semestinya elektrik) dipindahkan antara punca dan beban. Pemadanan galangan boleh digantikan dengan penyambungan galangan yang mana galangan beban dibuat menjadi lebih besar daripada galangan punca dengan tujuan memaksiumkan pemindahan voltan (bukan kuasa).

Rujukan[sunting | sunting sumber]