Permainan video berganda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pemain berganda)
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam dunia permainan komputer dan video, permainan video berganda (multiplayer video game) ialah permainan yang boleh dimainkan lebih dari satu orang pada masa yang sama. Berlainan dari permainan yang lain, permainan komputer dan video selalunya bersifat pemain tunggal yang mengadu pemain dengan pemain kawalan komputer yang kerap kali kekurangan kefleksibelan dan kepintaran pemikiran manusia biasa.

Komponen pemain berganda membolehkan pemain untuk menikmati interaksi dengan individu lain, dalam bentuk berpasangan, pertandingan atau persaingan, dan memberi mereka suatu bentuk komunikasi sosial yang selalunya hilang dalam permainan pemain tunggal.