Pemajmukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

KERANGKA TAJUK-TAJUK


Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk

Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah.

Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar


Kata Majmuk Istilah Khusus model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus


Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola