Bahagian pentadbiran di China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pembahagian politik China)

Oleh sebab populasi dan keluasan yang amat besar, pentadbiran China sentiasa terbahagi kepada pelbagai peringkat sejak zaman silam. Perlembagaan Republik Rakyat China memperuntukkan tiga peringkat kerajaan secara de jure. namun begitu, kini terdapat lima peringkat kerajaan tempatan secara amali (de facto): wilayah (provinsi), prefektur, daerah, bandar, dan kampung. Republik China di Taiwan menggunakan sistem yang berbeza.

Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China. Seseorang warga negara ini mudah dikenal pasti dari segi wilayah asalnya, dan setiap wilayah mempunyai suatu stereotaip yang sepadan dengan penduduknya. Kebanyakan wilayah-wilayah China mempunyai sempadan yang digariskan pada penghujung Dinasti Ming. Semenjak itu, perubahan besar yang pernah berlaku termasuk menyusunan semula wilayah-wilayah Timur Laut selepas pengambilalihan tanah besar China oleh pihak Komunis pada tahun 1949 dan penubuhan kawasan swatabir(autonomi) berasaskan teori kewarganegaraan Soviet.

Peringkat pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peringkat wilayah[sunting | sunting sumber]

Provinsi[sunting | sunting sumber]

Provinsi[1] (Bahasa Cina: ; pinyin: shěng, bahasa Inggeris: province) merupakan jenis pembahagian peringkat pertama yang paling banyak ada.

Nama Bahasa Cina Pinyin Ejaan peta pos Singkatan Ibu wilayah
Trad. Ring.
Anhui 安徽 安徽 Ānhuī Anhwei wǎn Hefei
Fujian 福建 福建 Fújiàn Fukien mǐn Fuzhou
Gansu 甘肅 甘肃 Gānsù Kansu gān/ lǒng Lanzhou
Guangdong 廣東 广东 Guǎngdōng Kwangtung yuè Guangzhou
Guizhou 貴州 贵州 Gùizhōu Kweichow qián/ gùi Guiyang
Hainan 海南 海南 Hǎinán Hainan qióng Haikou
Hebei 河北 河北 Héběi Hopeh Shijiazhuang
Heilongjiang 黑龍江 黑龙江 Hēilóngjiāng Heilungkiang hēi Harbin
Henan 河南 河南 Hénán Honan Zhengzhou
Hubei 湖北 湖北 Húběi Hupeh è Wuhan
Hunan 湖南 湖南 Húnán Hunan xiāng Changsha
Jiangsu 江蘇 江苏 Jiāngsū Kiangsu Nanjing
Jiangxi 江西 江西 Jiāngxī Kiangsi gàn Nanchang
Jilin 吉林 吉林 Jílín Kirin Changchun
Liaoning 遼寧 辽宁 Liáoníng Fengtien liáo Shenyang
Qinghai 青海 青海 Qīnghǎi Tsinghai qīng Xining
Shaanxi 陝西 陕西 Shǎnxī Shensi shǎn/ qín Xi'an
Shanxi 山西 山西 Shānxī Shansi jìn Taiyuan
Shandong 山東 山东 Shāndōng Shantung Jinan
Sichuan 四川 四川 Sìchuān Szechuan chuān/ shǔ Chengdu
Yunnan 雲南 云南 Yúnnán Yunnan diān/ yún Kunming
Zhejiang 浙江 浙江 Zhèjiāng Chekiang zhè Hangzhou

Kawasan dipertikai[sunting | sunting sumber]

Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) Pinyin Singkatan Ibu wilayah
Taiwan 臺灣 atau 台灣 台湾 Táiwān tái Kampung Jhongsing

Nota: Taipei, ibu negara Republik China, juga pernah dijadikan ibu wilayah Taiwan sehingga tahun 1956. Sejak pemindahan kerajaan wilayah dari Taipei ke Kampung Jhongsing dilakukan selepas tahun 1949 oleh kerajaan yang tidak diiktiraf Republik Rakyat China, pihak Republik Rakyat masih mewartakan Taipei sebagai ibu wilayah rasmi dalam peta rasminya.

Sejak penubuhannya pada tahun 1949, Republik Rakyat China sentiasa menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang ke-23. Bagaimanapun, Republik China kini metadbir wilayah ini yang terdiri daripada Pulau Taiwan dan kepulauan Pescadores. Republik China juga mentadbir sebuah daerah di wilayah Fuchien (atau Fukien): Kinmen; dan sebahagian daripada daerah Lienchiang.

Wilayah Swatabir(autonomi)[sunting | sunting sumber]

Wilayah autonomi (Cina Tradisional: 自治區, Cina Ringkas: 自治区, pinyin: zìzhìqū, bahasa Inggeris: autonomous region) ialah divisi peringkat pertama yang dinamai dengan etnik minoriti dan diberi lebih hak di bawah perlembagaan. Contohnya, setiap wilayah ini mempunyai seorang pengerusi (sementara wilayah biasa ditadbir gabenor) yang mesti tergolong dalam kelompok etnik seperti yang dinamai oleh kawasan autonomi itu (orang Tibet, orang Uyghur, dsb.)

Wiayah autonomi ditubuhkan selepas pengambilalihan kuasa oleh kerajaan Komunis, berdasarkan dasar kewarganegaraan Soviet. Terdapat lima kawasan seumpama ini.

Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) pinyin Suku minoriti yang dinamai Nama tempatan Singkatan Pusat pentadbiran
Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi 廣西壯族自治區 广西壮族自治区 Guǎngxī Zhuàngzú Zìzhìqū Zhuang bahasa Zhuang -
Gvangjsih Bouxcuengh Swcigih
Guì Nanning
Wilayah Autonomi Mongolia Dalam 內蒙古自治區 内蒙古自治区 Nèiměnggǔ Zìzhìqū Mongol bahasa Mongolia -
ᠥᠪᠦᠷ ᠮᠣᠨᠺᠤᠯᠤᠨ ᠥᠪᠡᠷᠲᠡᠺᠡᠨ ᠵᠠᠰᠠᠬᠤ ᠣᠷᠤᠨ /
Öbür Mongghul-un Öbertegen Jasaqu Orun
内蒙古 Nèiměnggǔ

Hohhot
Wilayah Autonomi Hui Ningxia 寧夏回族自治區 宁夏回族自治区 Níngxià Húizú Zìzhìqū Hui (Orang Hui berbahasa Cina) níng Yinchuan
Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang 新疆維吾爾自治區 新疆维吾尔自治区 Xīnjiāng Wéiwúěr Zìzhìqū Uyghur bahasa Uyghur -
شىنجاڭ ئۇيغۇر ئاپتونوم رايونى /
Shinjang Uyghur Aptonom Rayoni
xīn Ürümqi
Wilayah Autonomi Tibet 西藏自治區 西藏自治区 Xīzàng Zìzhìqū Tibet bahasa Tibet -
བོད་རང་སྐྱོང་ལྗོངས /
Bod.raṅ.skyoṅ.ljoṅs
zàng Lhasa

Kawasan perbandaran / Wilayah tadbir pusat[sunting | sunting sumber]

Kawasan perbandaran (Cina Tradisional: 直轄市, Cina Ringkas: 直辖市, pinyin: zhíxiáshì, bahasa Inggeris: municipality) merupakan bandaraya-bandaraya besar yang sama peringkat pentadbirannya dengan wilayah. Kawasan perbandaran mengawal bahagian peringkat daerah secara terus, tanpa dirintang peringkat prefektur. Secara amali, kawasan metropolitan sebenar sesebuah kawasan sedemikian cuma merangkumi sebahagian kecil kawasannya; yang selebihnya terdiri daripada pekan dan tanah pertanian. Chongqing paling tepat dihuraikan sebegini — populasi luar bandarnya jauh melebihi populasi bandarnya.

Terdapat 4 kawasan perbandaran di Republik Rakyat China.

Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) pinyin Singkatan
Beijing 北京 北京 Běijīng jīng
Chongqing 重慶 重庆 Chóngqìng
Shanghai 上海 上海 Shànghǎi
Tianjin 天津 天津 Tiānjīn jīn

Kawasan Pentadbiran Khas[sunting | sunting sumber]

Kawasan pentadbiran khas (Cina Tradisional: 特別行政區, Cina Ringkas: 特别行政区, pinyin: tèbiéxíngzhèngqū, bahasa Inggeris: Special Administrative Region) (SAR) merupakan kawasan pentadbiran tempatan yang menikmati takat autonomi yang tinggi di bawah peruntukan Satu negara, dua sistem, dan bernaung di bawah Kerajaan Rakyat Pusat, seperti yang diperuntukkan dalam artikel 12 undang-undang asas kedua-dua kawasan ini.

Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) Pinyin Singkatan
Hong Kong 香港 香港 Xiānggǎng gǎng
Macau 澳門 澳门 Àomén ào

Peringkat prefektur[sunting | sunting sumber]

Peringkat peringkat prefektur (地级 dìjí) merupakan peringkat kedua struktur pentadbiran. Seperti pada Januari 2020, struktur ini terdiri daripada 333 bahagian yang terdiri daripada:

Peringkat daerah[sunting | sunting sumber]

Seperti pada Januari 2019, terdapat 2851 bahagian peringkat daerah (县级 xiànjí), termasuk 970 daerah (dalam pusat bandar), 375 bandaraya (berperingkat daerah atau bandar satelit), 1335 kaunti (daerah dalam luar bandar), 117 kaunti berautonomi, 49 banner, 3 banner berautonomi, 1 daerah khas dan 1 daerah perhutanan di tanah besar China (Republik China mentadbir 23 bahagian peringkat daerah, termasuk 18 kaunti dan 5 bandaraya berperingkat daerah).

Peringkat mukim[sunting | sunting sumber]

Seperti pada Januari 2019, terdapat 39945 bahagian peringkat bandar (乡级 xiāngjí), termasuk 21297 bandar, 9116 mukim, 984 mukim etnik, 152 sumu, 1 sumu etnik, 8393 subdaerah (pekan ) dan 1 daerah (dalam pusat bandar).

Peringkat kampung[sunting | sunting sumber]

Peringkat kampung (村级 cūnjí) berperanan sebagai bahagian pertubuhan (banci, sistem pos) dan tidak banyak kepentingannya dalam kuasa perwakilan politik. Bahagian tempatan asas seperti perjiranan dan komuniti mempunyai sempadan dan ketua tertentu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berdasarkan gaya istilah digunakan saluran bahasa Melayu China Radio International sebagai media antarabangsa rasmi pemerintah Beijing.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]