Pembelajaran konsep

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gagasan pembelajaran konsep, juga dikenali sebagai pembelajaran kategori, pemerolehan konsep, dan pembentukan konsep, umumnya berasaskan karya-karya ahli psikologi kognitif Jerome Bruner. Bruner, Goodnow, & Austin[1] mentakrifkan pemerolehan konsep atau (pembelajaran konsep) sebagai "mencari dan menyenaraikan sifat-sifat yang boleh digunakan untuk membezakan contoh daripada bukan contoh dalam pelbagai kategori." Ringkasnya, konsep merupakan kategori mental yang membolehkan kita untuk mengelaskan benda-benda, peristiwa-peristiwa atau gagasan-gagasan, berasaskan pemahaman bahawa setiap benda, peristiwa atau gagasan berkongsi satu set ciri-ciri berkenaan yang tertentu. Oleh itu, pembelajaran konsep merupakan suatu strategi yang memerlukan pelajar untuk membanding-bandingkan kumpulan-kumpulan atau kategori-kategori yang mengandungi ciri-ciri yang berkenaan konsep dengan kumpulan-kumpulan atau kategori-kategori yang tidak mengandungi ciri-ciri yang berkenaan konsep.

Pembelajaran konsep juga memaksudkan tugas pembelajaran yang mana pelajar dilatih untuk mengelaskan benda-benda dengan ditunjuk satu set benda-benda contoh dengan label-label kelasnya. Pelajar meringkaskan apa yang diperhatikannya dengan memampatkannya kepada bentuk contoh. Versi teringkas bagi apa yang dipelajari ini kemudiannya digunakan pada contoh-contoh akan datang. Pembelajaran konsep kadang-kadang mudah, kadang-kadang rumit kerana pembelajarannya berlaku dalam pelbagai bidang. Konsep yang rumit kurang berkemungkinan dapat diringkasan oleh pelajar, dan oleh itu kurang berkemungkinan dapat dipelajari. Tugas ini dalam bahasa percakapan adalah belajar dari contoh. Kebanyakan teori pembelajaran konsep adalah berasaskan penghafazan contoh serta mengelak sebarang jenis peringkasan atau pengabstrakan yang ketara.

Kaedah pembelajarna konsep[sunting | sunting sumber]

Penemuan

Setiap bayi menemui konsep sendiri, seperti menemui bahawa setiap batang jarinya boleh dikawal secara sebatang-sebatang, ataupun bahawa penjaganya adalah individu. Walaupun didorong oleh persepsi, namun pembentukan konsep tidak sekadar menghafaz persepsi.

Contoh

Pengitlakan yang terselia mahupun tidak berasaskan contoh boleh menjurus kepada pembelajaran konsep baru, tetapi pembentukan konsep tidak sekadar pengitlakan daripada contoh.

Perkataan

Pendengaran atau pembacaan kata-kata baru menjurus kepada pembelajaran konsep baru, tetapi pembentukan konsep baru itu tidak sekadar mempelajari takrifan di kamus. Seseorang boleh membentuk konsep baru sebelum menemui istilahnya.

Perbandingan contoh

Satu lagi contoh yang cekap untuk mempelajari kategori baru serta mencetuskan peraturan pengkategorian baru adalah membandingkan beberapa benda apabila diketahuinya hubungan kekategoriannya. Misalnya, pembandingan antara dua contoh sambil dimaklumkan bahawa kedua-duanya adalah dari kategori yang sama, membolehkan pengenalpastian sifat-sifat persamaan sesama anggota kategori, serta menggambarkan keragaman yang dibenarkan dalam lingkungan kategori tersebut. Sebaliknya, pembandingan dua contoh sambil dimaklumkan bahawa kedua-duanya adalah dari kategori yang berbeza boleh membolehkan pengenalpastian sifat-sifat yang bernilai diagnosis. Perbandingan dalam kategori dan antara kategori tidak semestinya sama berguna untuk pembelajaran kategori, malah keupayaan untuk mempelajari mana-mana daripada dua bentuk pembelajaran asas perbandingan ini tertakluk pada perubahan ketika zaman kanak-kanak awal.[2]

Penciptaan

Apabila orang zaman prasejarah yang ketiadaan alat-alat menggunakan kuku jari untuk mengorek makanan daripada haiwan bunuhan atau buah-buahan hancur, mereka menyedari bahawa batu yang pecah kadang-kadang membuahkan sisi tajam bak kuku jari, dan oleh itu sesuai untuk mengorek makanan. Penciptaan alat batu untuk mencegah kuku jari patah adalah konsep baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bruner, J., Goodnow, J. J., & Austin, G. A. (1967). A study of thinking. New York: Science Editions.
  2. Hammer, Rubi (2009). "The development of category learning strategies: What makes the difference?". Cognition 112 (1): 105–119. <a title="Digital object identifier" href="https://en.wikipedia.org/wiki/Digital_object_identifier">doi</a>:10.1016/j.cognition.2009.03.012.