Pemberontakan Madiun 1948

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pemberontakan komunis Madiun 1948 atau 'Madiun Affair' pada tahun 1948 semasa Revolusi Nasional Indonesia di bandar Madiun . Pihak berhaluan kiri iaitu Front Demokrasi Rakyat PKI (FDR/PKI) melakukan pemberontakan terhadap pemimpin-pemimpin Republik Indonesia yang baru diisytiharkan, tetapi ia dibatalkan oleh kuasa-kuasa Republikan.

Pada 18 September 1948 ' Republik Soviet Indonesia ' berhasil diisytiharkan di Madiun , di bahagian barat Jawa Timur , oleh ahli-ahli Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Sosialis Indonesia (PSI). Ketika inilah masa yang tepat untuk "kebangkitan proletariat" , mereka berhasrat memberontak terhadap "Sukarno-Hatta, hamba Jepun dan Amerika". Madiun dimenangi semula oleh kuasa-kuasa Republikan dalam tempoh beberapa minggu , dan pemimpin pemberontakan, Musso, telah dibunuh. RM Suryo ,selaku Gabenor Jawa Timur, serta beberapa pegawai polis dan pemimpin-pemimpin agama, telah dibunuh oleh pemberontak.

Pemberontakan ini meluas sehigga ke Solo, Magetan, Purwodadi dan Cepu. Banyak pejabat, perwira, prajurit, lurah, kiai , santri dan masyarakat yang menjadi korban PKI. Mereka menjadi mangsa tikaman kelewang dan lain-lain senjata.

Pemberontakan tamat[sunting | sunting sumber]

Pemberontakan dan Revolusi berjaya ditamatkan tepat pada 30 September 1948 oleh Tentera Nasional Indonesia Tentera berjaya menguasai semula Madiun yang menjadi pusat pemerintahan Republik Soviet Indonesia tersebut . Hukuman tidak dapat dikenakan terhadap PKI kerana aksi militer dari Belanda pula.Oleh itu PKI tetap berada dan beroperasi di Indonesia. Tambahan pula Soekarno menyatupadukan tiga sistem , Nasionalisme-Islam-Komunisme (Nasakom). Ketika muda, Soekarno (1927) pernah menulis tentang Nasakom.

Di bawah kepimpinan DN Aidit, PKI melakukan strategi kanan dengan mendakwa PKI tidak bersalah dalam Madiun Affair.Dalam Pemilu 1955, PKI mampu bersaing dengan PNI, Masyumi dan NU. PKI diundi oleh 6 juta pengundi.

Indonesia juga mengadakan hubungan diplomatik dengan Beijing-Hanoi-[[Pyongyang] dan Indosia masuk dalam 'satu kotak'. DN Aidit dalam majalah 'Masyarakat Indonesia dan Revolusi Indonesia' menyimpulkan bagaimana mencapai tujuan Revolusi Indonesia. PKI haruslah menguasai 60,000 desa yang ada di Indonesia.

Simpati antarabangsa[sunting | sunting sumber]

'Madiun Affair' ini bertukar kepada sentimen anti-kolonial ke dalam sokongan diplomatik. Di peringkat antarabangsa, Republik Indonesia kini dilihat semakin kukuh anti-komunis dan sekutu berpotensi Perang Dingin antara 'dunia bebas' yang diterajui oleh Amerika dan blok Soviet.

Rujukan[sunting | sunting sumber]