Pembiakbakaan dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembiakbakaan dalam ialah istilah genetik yang memaksudkan pembiakan hasil pengawanan dua haiwan yang rapat sekali persaudaraan genetiknya. Jika persaudaraan itu cukup rapat atau pembiakan sebegini dilakukan berulang-ulang, maka pembiakbakaan dalam boleh meningkatkan kebarangkalian lahirnya anak yang terjejas oleh ciri-ciri resesif atau kecacatan. Secara amnya, ini boleh menyebabkan kesihatan populasi berkurangan, iaitu kemurungan pembiakbakaan dalam. Alel perosak yang menyebabkan kemurungan ini boleh dibasmi dengan menakai haiwan terlibat, juga dikenali sebagai pembersihan genetik.

Penternak juga mengamalkan pembiakbakaan dalam untuk "memperhalusi" ciri-ciri yang diingini di kalangan ternakannya. Jika begitu, penternak terpaksa menakai anak haiwan yang kurang sihat, apalagi ketika cuba memperoleh ciri-ciri baru yang dikehendaki dalam ternakannya.

Bagi pembiakan baka tumbuhan, baka hasil pembiakbakaan dalam digunakan untuk menghasilkan baka kacukan demi memanfaatkan kesan heterosis. Pembiakbakaan dalaman tumbuhan juga berlaku secara semula jadi dalam bentuk penswadebungaan.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.