Pembocoran dokumen Perang Afghanistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembocoran dokumen Perang Afghanistan (dipanggil Afghan War Diary atau The War Logs) berlaku pada 25 Julai 2010 apabila maklumat ketenteraan Amerika Syarikat disiarkan oleh tapak web Wikileaks.[1] Laman web itu mendedahkan dokumen aktiviti tentera A.S., tentera Pakistan, kepimpinan politik Afghanistan dan hubungan komunikasi dengan pemimpin al Qaeda dan Taliban. Pendedahan itu terdiri daripada 91,731 dokumen, meliputi tempoh antara Januari 2004 dan Disember 2009. Sebelum mendedahkannya kepada awam, Wikileaks memberikan capaian kepada The Guardian, The New York Times dan Der Spiegel yang menulis laporan berkenaan perkara tersebut pada hari yang sama.[2] Kebanyakan dokumen ini dikelaskan sebagai "sulit tahap rendah" oleh The New York Times.[1] Setakat 29 Julai, baru 75,000 dokumen telah didedahkan kepada awam.[3]

Pengasas Wikileaks bimbang[sunting | sunting sumber]

Pengasas Wikileaks Julian Assange (39) bimbang beliau akan ditangkap jika pulang ke Amerika Syarikat. Beliau berasal dari Australia dan kini berada di London. Wikileaks dibina bagi menyembunyikan pembocor maklumar rahsia. Strategi itu dapat menghalang agensi perisikan dan firma korporat yang memusuhi Wikileaks daripada mengetahui identiti penghantar data. Dalam wawancara dengan akhbar Der Spiegel, Assange berkata mahu menghancurkan Rumah Putih.

Penganalisis risikan Amerika, Bradley Manning mungkin didakwa dan Assange akan dipanggil menjadi saksi. Manning ditahan di Baghdad Iraq ditahan pada Mei 2010 dan didakwa membocorkan data rahsia atas maklumat seorang penggodam. Manning kini ditahan di Kuwait iaitu 'pusat tahanan Teluk Guantanamo kedua'.[4]

Pentagon tuntut dokumen[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos 2010, pegawai Pentagon atau Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat , Geoff Morrell mendesak WikiLeaks agar menghapus dokumen rahsia Perang Afghanistan itu dari komputer dan catatannya. Ramai nyawa terutama warga Afghanistan yang terancam jika dokumen didedahkan. [5][6]

Pentagon mengesyaki pegawai tentera AS yang membocorkan 77,000 dokumen yang dikumpul selama 6 tahun itu.[7]

Rakyat Pakistan musuhi Amerika[sunting | sunting sumber]

83 % dari 2000 responden rakyat Pakistan memusuhi tentera Amerika Syarikat. Hanya 17 % punya pandangan baik terhadap AS.[8] Rakyat Pakistan lebih senang dengan kehadiran Taliban dan al Qaeda. Mereka memandang India sebagai musuh. Hanya 8 % sedang dengan dasar -dasar Barack Obama dan bantuan bilion dolar AS. 65 % mahu pasukan tentera AS dan NATO segera keluar dari Afghanistan. Hanya 20 % senang dengan kepimpinan presiden Pakistan Asif Ali Zardari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]