Pembunuhan Junko Furota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembunuhan Junko Furota.

Pembunuhan pelajar wanita dikonkrit Concrete-encased high school girl murder case (Jepun: 女子高生コンクリート詰め殺人事件, Hepburn: Joshikōsei konkurīto-zume satsujin-jiken) merupakan pembunuhan pada tahun 1988–89 di mana seorang pelajar wanita Jepun, Junko Furuta (古田 順子 Furuta Junko) yang berusia 17 tahun dibunuh.

Jenayah[sunting | sunting sumber]

Pada 25 November 1988, empat pemuda termasuk seorang budak 17-tahun yang bernama Jō dan kemudiannya diberi nama keluarga Kamisaku,[1] diculik dan dikurung di Furuta, sekolah menengah tahun tiga gred 12th seorang pelajar dari bandar Misato, Saitama, selama 44 hari. Mereka mengurungnya di rumah yang dimiliki oleh keluarga Kamisaku, di daerah Ayase, Adachi, Tokyo.[2]

Bagi melengahkan pencarian, salah seorang dari mereka memaksa Furuta menghubungi keluarganya dan memberitahu mereka bahawa dia telah lari dari rumah bersama "seorang kawan" dan selamat. Dia turut mengancamnya untuk berlagak sebagai teman wanita salah seorang dari pemuda ketika keluarganya (Kamisaku) ada, tetapi apabila dia yakin mereka tidak akan memangil polis, dia berhenti berlakon. Furuta cuba melarikan diri beberapa kali, merayu keluarga tersebut membantunya, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa, kemungkinannya akibat bimbang pemuda kedua kan mencederakan mereka. Pemuda kedua ini bercakap besar bahawa hubungan yakuzanya akan membunuh sesiapa yang campur tangan.

Menurut kenyataan mereka semasa perbicaraan, keempat mereka merogol dan mendera Furuta. Apabila mereka enggan membebaskannya, dia merayu agar mereka "membunuhnya agar menamatkannya."

Pada 4 Januari 1989, memberi alasan kalah bermain mahjong sendirian ("solitaire"), keempat mereka memukulnya menggunakan besi pengangkat berat, mencurah cecair pemetik api pada kaki, tangan, muka dan perut, dan membakarnya. Dia mati pada hari itu akibat kejutan. Keempat budak mendakwa bahawa mereka tidak sedar betapa teruk dia cedera, dan mereka percaya bahawa dia berpura-pura.

Pada 5 Januari, pembunuh itu menyorokkan mayatnya dalam dram 55-galon berisi konkrit; dan penjenayah tersebut membuang dram tersebut di sekeping tanah tembus semula di Kōtō,, Tokyo.[3]

Tahanan dan hukuman[sunting | sunting sumber]

Pemuda tersebut ditahan dan dibicara sebagai orang dewasa; tetapi, menurut cara negeri Jepun menangani jenayah yang dilakukan oleh remaja, identiti mereka dirahsiakan. Bagaimanapun, majalah Shūkan Bunshun melaporkan nama sebenar mereka, mendakwa bahawa "hak kemanusiaan tidak terpakai pada binatang".

Fail:Hiroshi Yokoyama.jpg
Hiroshi Yokoyama

Bagi pembabitannya dalam jenayah, Kamisaku dihukum lapan tahun di tahanan remaja sebelum dia dibebaskan pada Ogos1999. Pada Juli 2004, di ditahan kerana menyerang kenalan, yang dia percaya mengumpan teman wanitanya darinya, dan dikatakan bercakap besar mengenai kelakukan sebelumnya.[1] Kamisaku dipenjara selama tujuh tahun kerana memukul.

Keluarga Junko kecewa dengan hukuman yang diterima oleh pembunuh anak perempuan mereka dan memulakan saman awam terhadap keluarga pemuda di mana jenayah dilakukan. Apabila sesetengah sabit kesalahan dibatalkan kerana masalah bukti fizikal (mani dan rambut ari-ari yang diambil dari mayat tidak menyamai pemuda yang ditahan), penguambela yang mengendali saman awam memutuskan tiada kes untuk diteruskan dan enggan meneruskannya.

Pada Julai 1990 mahkamah rendah menjatuhkan hukuman ketua pendera selama tujuh belas tahun dipenjara. Mahkamah menjatuhkan salah seorang yang terbabit empat hingga enam tahun, seorang lagi selama tiga hingga empat tahun, dan seorang lagi hukuman tidak ditetapkan antara lima hingga sepuluh tahun. Ketua dan dua yang pertama merayu hukuman mereka. Mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman lebih berat kepada ketiga-tiga pihak merayu.

Hakim bersidang, Ryūji Yanase, menyatakan bahawa mahkamah melakukannya kerana sifat jenayah, kesannya pada keluarga mangsa, dan kesan kepada masyarakat. Ketuanya menerima hukuman dua puluh tahun, hukuman kedua berat selepas penjara seumur hayat. Bagi kedua yang bersubahat, yang menerima hukuman asal empat hingga enam tahun, menerima hukuman lima hingga sembilan tahun. Seorang lagi hukumannya ditingkatkan kepada lima hingga tujuh tahun.[3]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Kesan ini menerima perhatian seluruh negara mengenai hukuman dan pemulihan penjenayah remaja, terutamanya dalam konteks remaja yang didakwa sebagai orang dewasa, dan menjadi sensasi media.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga buah buku yang ditulis mengenai kejadian tersebut.[4]

Manga Jepun, 17 Sai, yang ditulis oleh Fujii Seiji dan dilakar oleh Kamata Youji, dibebaskan pada tahun 2004, mengisahkan masa kejadian jenayah tersebut.

Filem explotasi, Joshikōsei konkurīto-zume satsujin-jiken 女子高生コンクリート詰め殺人事件, Kes Pembunuhan Pelajar Perempuan Dalam Konkrit), mengenai kejadian tersebut dihasilkan oleh Katsuya Matsumura pada tahun 1995. Yujin Kitagawa (kemudian ahli kumpulan 2 orang Yuzu) memainkan watak pesalah utama.[5][6]

Satu lagi filem, Konkrit]] (コンクリート, aka Pelajar Wanita dalam Semin, 2004), berdasarkan satu dari buku yang ditulis mengenai kejadian tersebut.

Pada tahun 2006, kumpulan rock/metal Jepun The Gazette membebaskan satu lagu dalam album mereka Nil berjudul "Taion" ("Suhu Badan") yang dikhaskan pada gadis tersebut.

Artist manga Ero guro, Waita Uziga "Kisah moden sebenar yang pelik" termasuk kisah "Pelajar wanita dalam konkrit", berdasarkan kes pembunuhan Junko Furuta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Wijers-Hasegawa, Yumi, "Man who killed as child back in court", The Japan Times, 29 Julai 2004.
  2. ^ Utting, Gerald. "Sales tax creates tempest in a Tokyo teapot." Toronto Star. April 3, 1989. A15. Retrieved on September 29, 2009. Requires payment.
  3. ^ a b "Rapist, Murderer Given 20-Year Sentence." The Daily Yomiuri. Sunday July 13, 1991. Page 2. Retrieved from LexisNexis on September 29, 2009.
  4. ^ 渥美饒兒『十七歳、悪の履歴書-女子高生コンクリート詰め殺人事件』作品社、2003年。ISBN 4878935723. 門野晴子『女子高生コンクリート詰め殺人事件―彼女のくやしさがわかりますか?』おんな通信社編、社会評論社、1990年。佐瀬稔『うちの子が、なぜ!―女子高生コンクリート詰め殺人事件』草思社、1990年。ISBN 479420390X.
  5. ^ Joshikôsei konkuriito-dume satsujin-jiken di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  6. ^ "Filme mit Beteiligung von Yujin Kitagawa" (dalam bahasa German). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-11. Dicapai pada 2008-03-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • "Torture and Murder in Tokyo". The Japan Times Weekly Overseas Edition. 1989-08-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]