Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai
Lokasi Wilayah Kandahar, Afghanistan. Daerah Panjwai
menduduki kawasan barat tengah wilayah itu.
Lokasi Daerah Panjwai, Wilayah Kandahar, Afghanistan
Tarikh 11 Mac 2012 (2012-03-11)
03:00 AFT (UTC+04:30)
Jenis serangan Serbuan di tiga rumah, pembunuhan beramai-ramai
Kematian 16 orang awam (9 daripadanya kanak-kanak)[1]
Kecederaan 5
Pesalah Seorang askar AS (menurut pegawai)
Seorang atau lebih askar (menurut saksi)

Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai berlaku pada awal pagi Ahad, 11 Mac 2012, apabila 16 orang awam terbunuh, termasuk sembilan orang kanak-kanak dan tiga orang wanita, dan lima orang lagi cedera di Wilayah Kandahar, Afghanistan, hinggakan ada mayat yang sudah rentung separa. Antara mangsa yang terkorban ialah sebelas ahli sekeluarga.

Seorang sarjan Tentera Darat Amerika Syarikat yang dipercayai bertindak keseorangan telah ditahan sebagai suspek utama. Tindakan itu dikecam oleh pihak berkuasa Afghan sebagai pembunuhan yang sengaja. Para pihak berkuasa Amerika dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) telah meminta maaf dan menjanjikan siasatan yang cepat dan menyeluruh. Laporan-laporan media menduga bahawa peristiwa ini boleh menjejaskan hubungan Afghanistan–Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "How it happened: Massacre in Kandahar". BBC news. Diperolehi pada 13 March 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Afghanistan War