Pemikiran magis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib. Pemikiran adalah berdasarkan andaian segala sesuatu itu adalah hasil daripada pengaruh alam ghaib.

Sebagai contoh, apabila seorang yang berpemikiran magis sedang mengayuh sampan, dia berpendapat bahawa perbuatan mengayuh adalah satu bentuk ritual yang berfungsi memanggil hantu untuk menolak sampannya. Maka inilah apa yang dimaksudkan sebagai pemikiran magis.

Pemikiran magis adalah suatu bentuk pemikiran yang wujud akibat daripada kegagalan seseorang untuk membentuk rangkaian sebab-musabab dari segi fizikal. Mereka sentiasa mecampur-adukkan rangkaian sebab-akibat dengan rangkaian dahulu-selepas(urutan masa). Contohnya: "Komputer Saya rosak sebaik sahaja adikku balik ke rumah. Setiap kali adikku itu balik, komputer saya pasti rosak. Maka sudah tentulah kehadiran adik saya itu menyebabkan komputer saya rosak, kerana dia membawa nasib buruk".

Pemikiran magis merupakan sesuatu yang tidak dapat membantu penyelasaian masalah. Sebalik ia akan merunsingkan sesiapa yang terbawa-bawa akannya.

Sebab-sebab terbentuknya pemikiran magis[sunting | sunting sumber]

Kegagalan untuk membentuk rangkaian sebab-akibat yang munasabah adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang berpemikiran magis.

Selain itu satu lagi faktor yang mendorong terbentuknya pemikiran ialah sakit jiwa. Bagi mereka yang menderita penyakit Schizophrenia, mereka juga akan menunjukan gejala dalam bentuk pemikiran magis.

Satu lagi faktor yang membentuk pemikiran magis ialah penglibatan dalam kegiatan perjudian. Oleh kerana perjudian merupakan suatu permainan yang menentukan menang atau kalah secara rambang, maka segala rasional adalah hilang dayanya untuk menyelesaikan masalah menang-kalah dalam perjudian. Maka si penjudi adalah terdorong untuk menyelesaikan masalah dalam perjudian melalui pemikiran magis. Contohnya, Si Ah Kau sentiasa kalah dalam perjudian, maka untuk mengubah nasib ini, maka Ah Kau tercari-cari kuasa luar biasa yang dapat mengubah keadaan ini, kerana, kemenangan dalam judi memamg tidak dapat dicapai melalui usaha ataupun ikthtiar, selain bergantung kepada nasib semata-mata.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]