Pemprosesan kopi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemprosesan kopi ialah cara menukar buah mentah pokok kopi kepada biji kopi.

Kisar[sunting | sunting sumber]

Kehalusan biji kopi yang dikisar memberi kesan utama bagi perisai, dengan pengisaran lebih halus memberikan perisai kopi lebih kuat dan berperisa. Sebab utama penggunaan serbuk kasar adalah untuk menghalang keladak daripada melepasi jenis penapis kasar (seperti cafetière), atau memudahkan keladak mendap dengan lebih pantas apabila ketiadaan penapis. Kadar pereputan meningkat apabila biji kopi dijadikan serbuk, disebabkan ia memiliki lebih banyak permukaan terdedah. Sehingga baru-baru ini, ianya hampir mustahil untuk mendapatkan biji kopi sempurna di kedai di Amerika Syarikat, yang hanya menjual serbuk kopi. Dengan peningkatan kopi sebagai minuman mewah (gourment), ia menjadi semakin popular untuk mengisar sendiri biji kopi di rumah sebelum dibancuh, dan terdapat banyak perkakasan rumah dijual yang khusus untuk proses itu.

Terdapat dua kaedah untuk menghasilkan serbuk kopi sedia untuk dibancuh.

  • Kisar: pengisar putar (burr) menggunakan asas dua unsur berputar menghancurkan atau "mengoyak" biji kopi dengan kurang risiko hangus. Pengisar putar mungkin dari jenis roda atau kon (conical) yang lebih senyap dan kurang berisiko tersumbat. Bagaimanapun, mata pengisar dalam mesin ini cepat haus, menyebabkan ia kurang popular bagi penggunaan di rumah.
    • Pengisar Burr Kon (Conical Burr Grinders)mengekalkan aroma dan mampu mengisar halus dan rata. Reka bentuk halus pada burr besi membenarkan pengurangan gear tinggi untuk memperlahankan kelajuan pengisaran. Kelajuan perlahan menghasilkan kurang haba yang dialir kepada serbuk kopi dengan itu mengekalkan aroma secara maksima. Disebabkan terdapat banyak set (setting) pengisar, pengisar ini sesuai bagi semua jenis perkakasan kopi, Espresso, Drip, Percolators, French Press. Pengisar Burr Kon yang lebih baik juga mampu mengisar lebih halus bagi penyediaan kopi Turki. Kelajuan pengisaran biasanya lebih rendah dari 500 putaran seminit.
    • Pengisar Burr jenis cakera mengisar lebih pantas berbanding pengisar burr kon dan tetapi menghasilkan lebih banyak haba pada biji kopi (10,000 hingga 20,000 rpm). Ia merupakan cara paling ekonomi mendapatkan pengisaran sekata bagi perkakasan secara meluas. Ia sesuai bagi kebanyakan mesin pam espresso di rumah. Bagaimanapun, ia tidak mengisar sehalus Pengisar Burr Kon (Conical Burr Grinders).
  • Cincang: Kebanyakan 'grinders' sebenarnya mencincang biji kopi kepada serpihan (dan sesetengah peminum kopi hanya menggunakan pengisar biasa bagi melakukannya). Walaupun memberikan hasil yang sama dengan penhancuran sempurna dan tahan lebih lama sebelum mata bilah lusuh, mereka yang sukakan kesempurnaan mencadangkan bahawa ia menghasilkan perisa yang kurang sedap berbanding hasil kisaran yang sama rata.
    • Pengisar bilah “menghancurkan” biji kopi dengan mata bilah pada kelajuan tinggi (20,000 hingga 30,000 rpm). Kopi yang dikisar mempunyai partikel besar dan kecil dan lebih panas berbanding kopi kisar dari pengisar burr. Bilah pengisar menghasilkan “debu kopi” menyumbat penapis mesin espresso dan penekan Perancis. Jenis pengisar ini sesuai bagi penhasil kopi titisan (drip coffee makers). Ia juga sesuai bagi mengisar rempah dan herba. Ia tidak digalakkan untuk penggunaan dengan mesin pam espresso.
  • Tumbuk: Kopi Turki dihasilkan dengan rendaman di mana kopi ditumbuk sehingga menjadi debu menggunakan lesung dan alu. Ia menghasilkan serbuk yang terlalu halus berbanding kaedah penyediaan lain.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]