Pemulihan Dalam Komuniti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) merupakan salah satu program latihan bagi orang orang kurang upaya yang ditawarkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program ini pada mulanya telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Berikutan dengan penilaian program tersebut, pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).

Sejak itu, perlaksanaan Program Program Pemulihan Dalam Komuniti ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Program Program Pemulihan Dalam Komuniti ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia bagi semua kategori orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia tidak mengenakan sebarang had umur.

Pihak kerajaan turut memberikan bayaran elaun bagi para pelatih yang mengikuti program bagi membantu meringankan beban pendapatan sepanjang latihan yang dijalankan. Elaun yang diberikan kepada pelatih adalah RM 150.00 sebulan bagi pelatih yang mengikuti program di pusat dan RM 50.00 sebulan bagi pelatih yang mengikuti program di rumah. *(Benar pada 2010/2011)