Pemvaksinan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemvaksinan
Intervention
Seorang kanak-kanak menerima vaksin polio
ICD-9-CM 99.3-99.5

Pemvaksinan adalah pemasukan bahan antigen (iaitu vaksin) untuk merangsang sistem keimunan individu untuk mengembangkan keimunan adaptif terhadap sesuatu patogen. Vaksin boleh mencegah atau memperbaiki kesan buruk jangkitan. Keberkesanan pemvaksinan telah dikaji dan disahkan secara meluas; contohnya, vaksin influenza,[1] the vaksin HPV,[2] dan vaksin cacar air.[3] Pemvaksinan adalah kaedah yang paling berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit;[4] keimunan menyeluruh daripada pemvaksinan merupakan faktor utama bagi terhapusnya cacar di seluruh dunia, serta sekatan terhadap penyakit-penyakit seperti polio, campak, dan tetanus di kebanyakan negara.

Agen aktif sesuatu vaksin mungkin merupakan bentuk patogen penyebab penyakit yang dalam keadaan baik tetapi dilumpuhkan (tidak berjangkit) atau dilemahkan (kurang daya berjangkit), atau komponen-komponen patogen yang ditulenkan dan didapati tinggi imunogen (cth. protein lapisan luaran virus). Toksoid dihasilkan untuk pengimunan terhadap penyakit berasaskan toksin, misalnya pengubahsuaian toksin tetanospasmin pada tetanus untuk membuang kesan toksiknya sambil memelihara kesan imunogennya.[5]

Cacar merupakan penyakit pertama yang cuba dicegah oleh manusia dengan sengaja menginokulasi dirinya dengan jangkitan lain[6][7], malah merupakan penyakit pertama yang mendapat vaksin. Vaksin cacar dicipta pada tahun 1796 oleh pakar perubatan British, Edward Jenner, sungguhpun setidak-tidaknya enam orang telah menggunakan prinsip yang sama sebelum beliau.[8] Louis Pasteur memajukan konsep vaksin menerusi usaha perintisan beliau dalam bidang mikrobiologi. Pengimunan itu bergelar pemvaksinan bersempena sejenis virus yang menyerang lembu (Latin: vacca—lembu).[6][8] Cacar merupakan penyakit berjangkit pembunuh yang menyebabkan kematian 20–60% orang dewasa terjangkit dan lebih 80% kanak-kanak terjangkit.[9] Apabila cacar akhirnya dihapuskan pada tahun 1979, ia telah menyebabkan kematian kira-kira 300–500 juta orang[10][11][12] dalam abad ke-20 sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fiore AE, Bridges CB, Cox NJ (2009). "Seasonal influenza vaccines". Curr. Top. Microbiol. Immunol. Current Topics in Microbiology and Immunology 333: 43–82. doi:10.1007/978-3-540-92165-3_3. ISBN 978-3-540-92164-6. PMID 19768400. 
  2. Chang Y, Brewer NT, Rinas AC, Schmitt K, Smith JS (July 2009). "Evaluating the impact of human papillomavirus vaccines". Vaccine 27 (32): 4355–62. doi:10.1016/j.vaccine.2009.03.008. PMID 19515467. 
  3. Liesegang TJ (August 2009). "Varicella zoster virus vaccines: effective, but concerns linger". Can. J. Ophthalmol. 44 (4): 379–84. doi:10.3129/i09-126. PMID 19606157. 
  4. http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/tetanus.pdf
  5. 6.0 6.1 Lombard M, Pastoret PP, Moulin AM (2007). "A brief history of vaccines and vaccination". Rev. - Off. Int. Epizoot. 26 (1): 29–48. PMID 17633292. 
  6. Behbehani AM (1983). "The smallpox story: life and death of an old disease". Microbiol. Rev. 47 (4): 455–509. PMC 281588. PMID 6319980. 
  7. 8.0 8.1 Plett PC (2006). "[Peter Plett and other discoverers of cowpox vaccination before Edward Jenner]". Sudhoffs Arch (dalam bahasa German) 90 (2): 219–32. PMID 17338405. Diperoleh pada 2008-03-12. 
  8. Riedel S (2005). "Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination". Proc (Bayl Univ Med Cent) 18 (1): 21–5. PMC 1200696. PMID 16200144. 
  9. Koplow, David A. (2003). Smallpox: the fight to eradicate a global scourge. Berkeley: University of California Press. ISBN 0-520-24220-3. 
  10. "UC Davis Magazine, Summer 2006: Epidemics on the Horizon". Diperoleh pada 2008-01-03. 
  11. How Poxviruses Such As Smallpox Evade The Immune System, ScienceDaily, 1 Februari 2008