Penampang
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Februari 2013) |
| Daerah Penampang | |
|---|---|
| Geografi | |
| Status | Daerah |
| Asal nama | N/A |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Daerah Penampang |
| Keluasan | N/A |
Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di pantai barat negeri Sabah, bersebelahan dengan daerah Kota Kinabalu. Kedudukannya di pantai menjadikan Penampang antara tempat yang menarik untuk dilawati di Sabah, terutamanya untuk melihat kehidupan masyarakat Kadazan.
Isi kandungan |
Asal-usul nama [sunting]
Nama "Penampang" diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. Nama "penampang" berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud "batu besar". Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan "Pampang" bertukar menjadi Penampang.
Pentadbiran [sunting]
Senarai nama-nama Pegawai Daerah yang pernah berkhidmat di Daerah Penampang adalah seperti berikut:-
Nama Tempoh Perkhidmatan
- Encik Justine G. Mak 1971 - 1972
- Encik Roger Dunstan 1973
- Encik Mohd. Fauzi Kou 1974
- Encik Joseph Lanjuat 1975
- Encik Yahya Ahmad Shah 1975-1976
- Encik Osmund Yapp 1976 (Mac-Disember)
- Encik Patrick Michael (Datuk) 1977
- Encik Ignatius J. Bantoi (Datuk) 1977 - 1979
- Encik Simon Gonsilou 1980 - 1982
- Encik Clarence Bongkos Malakun(Datuk) 1983 - 1984
- Encik Simon Gonsilou 1985
- Encik Ebin Sabin 1986 - 1989
- Encik George W. Leong 1990 - 1992
- Encik Norbert Lee 1992 - 1994
- Encik Jumahad Miassin 1994 - 1996
- Encik James Loijin 05.01.1996 – 15.11.2002
- Encik Stephen L. Sondoh 15.11.2002 – 07.02.2007
- Encik Nicholas @ William Sampil 12.02.2007 – (sekarang)
Tempat menarik [sunting]
Kampung Budaya Monsopiad ialah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di Penampang. Monsopiad ialah nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan tengkorak-tengkorak tersebut di halaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain.
Pautan luar [sunting]
- Laman web rasmi Majlis Daerah Penampang
- Pewujudan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang
- Peta-peta tentang Penampang
|
|||||||||||