Pencabangan tidak berkelim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencabangan tidak berkelim (bahasa Inggeris: seamless branching) ialah satu mekanisme digunakan dalam DVD dan Cakera Blu-ray untuk membenarkan pemain untuk melompat ke satu adegan lain selepas menyelesaikan satu adegan. Tujuan paling kerap adalah untuk mempunyai beberapa versi satu adegan dalam satu filem, tanpa perlu menyimpan seluruh filem di dalam cakera buat beberapa kali.

Satu contoh popular ialah DVD The Lion King, yang melibatkan pengguan boleh memilih antara versi pawagam asli dengan versi lanjut. Kedua-dua versi berlainan hanya dalam satu adegan ("Morning Report"). Pemain DVD diarahkan untuk memainkan filem secara normal sehingga adegan ini, kemudian melompat ke adegan sesuai seperti dipilih oleh pengguna sebelum permulaan filem, dan kemudian melompat kembali untuk memainkan selebih filem. Pengguna biasanya tidak perasan akan lompatan ini, justeru itu perkataan tidak berkelim. Satu contoh skala lebih besar teknik sama terlihat dalam keluaran semula DVD 2007 Blade Runner yang dalamnya tiga potongan berlainan filem ini boleh dimainkan daripada cakera sama.

Satu lagi kegunaan mungkin pencabangan tidak berkelim adalah untuk penyetempatan (alih bahasa) teks nyata pada skrin. DVD Star Wars dengan rangkak pembukaannya ialah satu contoh utama. Biasanya, hanya runut audio filem dialih bahasa ke dalam bahasa lain, tetapi apabila teks berpusat ke dalam jalan cerita terlihat pada skrin, adegan ini mungkin dicipta sekali untuk setiap bahasa, dan pemain DVD boleh diarahkan untuk memilih versi sesuai adegan ini bergantung pada pilihan bahasa pengguna. Walau bagaimanapun, untuk tujuan ini satu teknik dipanggil berbilang sudut lebih kerap digunakan.

Lihat[sunting | sunting sumber]