Pencahayaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam fotometri, pencahayaan ialah jumlah fluks berkilau menuju ke permukaan, per unit luas. Ia merupakan pengukuran keamatan cahaya tuju yang dicerap. Begitu juga dengan kepancaran berkilau iaitu fluks berkilau per unit luas yang dipancarkan daripada suatu permukaan. )

Dalam unit terbitan SI, kedua-dua ini diukur menggunakan unit lux (lx) atau lumen per meter persegi (cd·sr·m-2).

Pencahayaan pada awalnya dinamakan kecerahan, tapi ini telah menimbulkan kekeliruan dengan penggunaan lain untuk perkataan tersebut. "Kecerahan" tidak seharusnya digunakan untuk penerangan kuantitatif, sebaliknya harus hanya digunakan untuk rujukan kepada deria fisiologi dan pencerapan cahaya yang tak kuantitatif. [1]

Mata manusia dapat melihat pada julat lebih daripada 2 trillion kali ganda: Kehadiran objek putih dapat dilihat samar-samar di bawah cahaya bintang, pada 5 * 10-5 lux, sementara pada penghujung yang cerah, manusia boleh membaca teks besar pada 108 lux, atau 1000 kali cahaya matahari terus, walaupun ini adalah sangat tidak selesa dan boleh menyebabkan imej tinggal yang berpanjangan.