Pencecairan gas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencecairan gas merupakan penukaran fizikal gas kepada pepejal.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Proses ini digunakan untuk tujuan saintifik, industri dan komersial. Pelbagai jenis gas boleh dijadikan cecair dalam tekanan atmosfera normal dengan sekadar penyejukan; sesetengah yang lain, karbon dioksida, misalnya, juga memerlukan penekanan. Pencecairan digunakan untuk menganalisa ciri-ciri asasi molekul-molekul gas (seperti daya antara molekul), untuk penyimpanan gas seperti LPG, dan dalam penyejukan dan pendingin hawa. Dalam keadaan ini, gas dicecairkan di dalam kondenser, di mana haba pemeluwapan dilepaskan, dan disejat di dalam penyejat, di mana haba pemeluwapan diserap. Ammonia merupakan bahan penyejuk pertama seperti ini, tetapi ia telah digantikan dengan sebatian-sebatian daripada petroleum dan halogen.

Oksigen cecair dibekalkan kepada hospital-hospital untuk ditukarkan kepada gas bagi pesakit-pesakit dengan masalah pernafasan, dan nitrogen cecair digunakan dalam bidang perubatan kriopembedahan. Klorin yang dicecairkan diangkut untuk disebatikan dengan air bagi tujuan rawatan air, sanitasi sisa industri, kumbahan dan kolam renang, pelunturan pulpa dan tekstil dan penghasilan karbon tetraklorida, glikol dan pelbagai sebatian organik lain termasuklah gas fosgena.

Pencecairan helium (4He) melalui kitaran Hampson-Linde memberikan Heike Kamerlingh Onnes Hadiah Nobel pada tahun 1913. Pada tekanan persekitaran biasa, takat didih helium cecair ialah 4.22 K (-268.93 °C). Di bawah 2.17 K 4He cecair menjadi bendalir lampau (Hadiah Nobel 1978, Pyotr Kapitsa) dan memaparkan ciri-ciri tertentu seperti pengaliran haba melalui bunyi kedua, sifar kelikatan, kesan air pancut dan lain-lain.

Pencecairan gas ialah proses yang rumit yang menggunakan mampatan dan pengembagan berulang kali untuk mencapai tekanan tinggi dan suhu yang teramat rendah menggunakan pengembang turbo, misalnya.

Pencecairan air digunakan untuk mencapai nitrogen, oksigen, argon dan gas-gas adi dalam atmosfera yang lain dengan mengasingkan komponen-komponen udara menggunakan penyulingan berperingkat di dalam unit pengasingan udara kriogenik.