Pencernaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pencernaan atau penghadaman ialah pemecahan makanan secara mekanik dan kimia kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mudah diserp ke dalam salur darah, sebagai contoh. Pencernaan ialah satu bentuk katabolisme, iaitu pemecahan molekul makanan yang besar kepada yang lebih kecil.

Apabila makanan memasuki mulut, pencernaan bermula dengan proses pengunyahan, iaitu sejenis pencernaah mekanik, dan persentuhan dengan ludah. Ludah yang dirembeskan oleh kelenjar ludah mengandungi enzim amilase ludah yang memulakan pencernaan kanji dalam makanan.

Setelah menjalani pengunyahan dan pencernaan kanji, makanan bertukar menjadi bentuk gumpal buburan yang kecil dan bulat iaitu bolus. Kemudian, bolus menuruni esofagus ke dalam perut menerusi tindakan peristalsis. Jus gastrik dalam perut mula mencerna protein. Jus gastrik terdiri daripada asid hidroklorik dan pepsin. Oleh sebab dua bahan kimia ini boleh mengakis dinding perut, mukus dirembeskan oleh perut untuk membentuk lapisan melekit yang bertindak sebagai pelindung daripada kesan kakisan bahan-bahan kimia tersebut. Pada masa yang sama, pencernaan protein sedang dijalankan, pencampuran mekanik berlaku secara peristalsis iaitu pengecutan otot berulang-ulang yang bergerak di sepanjang dinding perut. Ini membolehkan gumpalan makanan untuk bercampur lagi dengan enzim-enzim pencernaan.

Selepas seketika, terhasilnya bendalir pekat yang dipanggil kimus. Apabila injap sfinkter pilorus membuka, kimus memasuki duodenum di mana di bercampur dengan enzim-enzim pencernaan dari pankreas, kemudian melalui usus kecil di mana pencernaan bersambung. Apabila kimus dicernakan sepenuhnya, a diserap ke dalam darah. 95% penyeraan nutrien berlaku dalam usus kecil. Air dan mineral diserap semula ke dalam darah di dalam usus besar di mana pH-nya sedikit berasid pada sekitar 5.6 ~ 6.9. Sesetengah vitamin seperti biotin dan vitamin K (K2MK7) yang dihasilkan oleh bakteria di dalam usus besar juga terserap ke dalam darah di usus besar.[1] Bahan buangan disingkirkan dari rektum ketika peninjaan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Functions of the colon
  2. Maton, Anthea; Jean Hopkins, Charles William McLaughlin, Susan Johnson, Maryanna Quon Warner, David LaHart, Jill D. Wright (1993). Human Biology and Health. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice Hall. ISBN 0-13-981176-1. OCLC 32308337. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Animal anatomy Templat:Gastrointestinal physiology