Penciptaan wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penciptaan wang adalah proses mengeluarkan atau menghasilkan wang baru. Terdapat tiga cara untuk menciptakan wang; pertama dengan cara mencetak mata wang kertas atau wang logam, kedua melalui pengadaan hutang dan pinjaman, serta ketiga melalui pelbagai dasar kerajaan, misalnya seperti pelonggaran kuantitatif. Berbagai praktis dan regulasi untuk mengatur produksi, pengeluaran, dan penarikanan wang, adalah perhatian utama dalam ilmu ekonomi moneter (misalnya tentang persediaan wang, mazhab monetarisme), dan mempengaruhi berjalannya pasar kewangan dan daya beli wang.

Bank pusat bertanggung-jawab mengukur jumlah wang beredar, yang menunjukkan banyaknya wang yang ada pada suatu waktu tertentu. Jumlah wang baru yang tidak diketahui penciptaannya dapat ditunjukkan dengan cara membandingkan pengukuran-pengukuran tersebut pada waktu-waktu yang berbeda.

Perusakan atas mata wang dapat terjadi apabila wang logam dileburkan untuk mendapatkan kembali kandungan logam mulianya. Tindakan ini memperoleh insentif bila ternyata nilai logam yang didapat melebihi nilai nominal wang logam, atau ketika pencetaknya menarik kembali jaminan atas keamanannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.