Pendaftar Pertubuhan Belia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) ialah satu jabatan kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Akta Pertubuhan Belia[sunting | sunting sumber]

Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 atau dikenali sebagai Akta 668 mewajibkan persatuan belia diterajui belia tidak melebihi usia 40 tahun. Semua pertubuhan-pertubuhan belia hendaklah mendaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bagi mengelakkan sebarang masalah, walaupun sebelum ini pernah mendaftar melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan.[1] Objektif pendaftaran ialah untuk menggalakkan lebih banyak persatuan belia dapat ditubuhkan di setiap komuniti dan kawasan. ROY akan memperkemas dan memperkasa sistem penyampaian dalam pembangunan belia supaya lebih berdaya maju dan aktif pada setiap masa. Kelulusan penubuhan persatuan belia dapat mendaftar daripada enam kepada tiga bulan atau kurang daripada itu.

Bantuan KBS[sunting | sunting sumber]

Bantuan aktiviti KBS yang dikendalikan oleh cawangan Pembangunan Sosial memberi sekurang-kurangnya sebanyak RM3,000 kepada persatuan-persatuan belia. Ini diharap mampu menjadi rangsangan untuk mereka menjalankan aktiviti kepada ahli masing-masing. Bagi persatuan yang baru ditubuhkan, KBS juga memberikan bantuan awal sebanyak RM1,000 bagi membolehkan mereka membuat mesyuarat, kerja-kerja pentadbiran dan sebagainya. Peluang ini diharap dapat menambahkan lagi jumlah persatuan belia di setiap daerah dan negeri.[1]

Contoh kes[sunting | sunting sumber]

  • Pada mesyuarat Gerakan Belia 4B Malaysia pada Disember tahun lepas, jawatan Presiden 4B, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam telah melepaskan jawatan beliau dalam pergerakan belia kepada pemimpin muda iaitu Sdr. Muamar Gadafi bin Dato' Jamaludin. Secara tidak langsung keseluruhan saf pimpinan Gerakan Belia 4b Malaysia di pimpin oleh pemimpin muda.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]