Pendarat (aeroangkasa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pendarat qamari Apollo 16.

Pendarat ialah sebuah kapal angkasa lepas yang turun dan mendarat pada permukaan sebuah objek astronomi.[1] Buat objek astronomi (atau jasad cakerawala) yang memiliki atmosfera, pendaratan berlaku selepas kemasukan semula melalui atmosfera; dalam kes ini pendarat merupakan kenderaan kemasukan semula dan mungkin menggunakan payung terjun untuk memperlahankan kelajuan dan mengekalkan halaju tamatan rendah. Kadang kala, roket pendaratan digunakan sejurus sebelum mendarat untuk mengurangkan halaju hentaman. Misi Mars Pathfinder juga menggunakan beg udara boleh kembung untuk melembutkan hentaman pendaratan. Apabila halaju hentaman tinggi memang dirancang, pesawat dipanggil penghentam.[2]

Penghentam[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ball, Garry, Lorenz and Kerzhanovich (2006). "Planetary Landers and Entry Probes". 
  2. Phil Davis; Kirk Munsell (23 Januari 2009). "Deep Impact Legacy Site: Technology – Impactor". Solar System Exploration. NASA / JPL. Diperolehi pada 2009-04-22.