Penderaan mental kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual.

Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.

Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :-

  1. penolakan,
  2. pengasingan,
  3. menakutkan,
  4. sikap tidak peduli
  5. sikap merasuah fikiran.

Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini dianggap sebagai penderaan emosi. Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelima- lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

Talian bantuan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :-

  • Talian kasih 15999
  • Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
  • Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) 04-228 0342
  • All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224
  • TELEDERA 1-800-883040
  • BEFRIENDERS 03-7956 8144
  • P.S. The Children 03-74931303

Talian bantuan Filipina[sunting | sunting sumber]

1800-33-2525

Talian bantuan Indonesia[sunting | sunting sumber]

Talian bantuan Singapura[sunting | sunting sumber]

Talian bantuan Brunei[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]