Pendidikan Moral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran yang wajib bagi pelajar warganegara Malaysia bukan Islam yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta di negara Malaysia di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555 (akta IPTS). Ia biasanya dikenali sebagai mata pelajaran LAN(Lembaga Akreditasi Negara). Kod mata pelajaran Pendidikan Moral ialah LAN1005.

Objektif Matapelajaran[sunting | sunting sumber]

Mata pelajaran ini diajar dengan objektif bahawa setelah mengikuti pelajaran ini, pelajar akan

  • Memahami konsep-konsep asas nilai
  • Berkebolehan menjelaskan beberapa teori dan sistem nilai yang utama
  • Bertambah peka terhadap nilai, agama dan kepercayaan penduduk di Malaysia
  • Bertambah peka terhadap isu-isu moral kehidupan manusia.

Sukatan Pelajaran[sunting | sunting sumber]

Matapelajaran ini merangkumi tajuk-tajuk seperti dibawah:

Konsep Asas Etika

Pernyataan Normatif dan Deskriptif
Konsep Asas Nilai

Kemoralan Sosial dan Etika Keperibadian Mulia

Kemoralan Sosial
Etika Keperibadian Mulia

Teori Teleologi

Utilitarianisme
Egoisme

Teori Deontologi

Prinsip Kewajiban
Eksistensialisme

Konsep Etika dan Insan Bermoral

Kandungan Etika
Bentuk Etika
Dimensi Etika

Nilai Agama

Agama Kristian
Konfusianisme
Taoisme
Agama Hindu
Agama Sikh
Agama Buddha

Akhlak Islam

Pengertian Akhlak Islam
Kata Kunci dalam Akhlak Islam
Dasar Akhlak Islam
Kepentingan Akhlak dalam Islam

Nilai Masyarakat Malaysia

Penyelesaian Konflik Moral

Strategi Pembinaan Hirarki
Strategi Pencairan Masalah
Strategi Kompromi
Strategi Analisis Nilai
Strategi Perkembangan Moral Kognitif

Isu Moral

Silibus[sunting | sunting sumber]

Teras silibus secara menerusi sukatan ikhtisar pelajaran ialah 36 nilai moral (disebut "nilai" dalam bahasa Melayu) Justeru Nilai-nilai ini adalah yang termasuk di dalam takrif definisi "Kepercayaan kepada Tuhan", "Bertanggungjawab" (tanggungjawab) dan "Sikap Keterbukaan" antara lain. 36 nilai tersebut dibahagikan dikategorikan kepada 7 bidang pengajian utama (disebut "bidang" dalam bahasa Melayu), iaitu:

  • Perkembangan Diri (perkembangan diri)
  • Kekeluargaan (keluarga)
  • Alam Sekitar (alam semula jadi)
  • Patriotisme (patriotisme)
  • Hak Asasi Manusia (hak asasi manusia)
  • Demokrasi (demokrasi)
  • Keamanan dan Keharmonian (keamanan dan keharmonian) dan dari nilai-nilai ini dibentangkan secara terperinci dalam buku teks dan menjadi asas kepada peperiksaan yang sepadan dan juga setara dengan setiap nilai ditentukan oleh Kementerian Pendidikan semasa pelajar menjawab soalan peperiksaan memerlukan beberapa tafsiran bagi definisi ini.

Mata pelajaran LAN yang Lain[sunting | sunting sumber]