Pendidikan untuk Pembangunan Mapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pendidikan untuk Pembangunan Mapan (Bahasa Inggeris: education for sustainable development (ESD)) merupakan satu wawasan pendidikan yang memberikan kuasa kepada orang ramai untuk memegang tanggungjawab dalam mencipta masa depan yang mapan. Pusat kepada ESD adalah konsep buadaya sebagai tema asas.

Telah diketahui bahawa tiada "jalan tunggal" untuk pembangunan mapan. Malah, amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adala berbeza bagi setiap orang dan kita perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan (seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dll). Setiap satu sektor ini mempunyai pandangan yang berbeza tentang pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang. Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Sebagai tambahan, bagaimana setiap negara, kumpulan masyarakat dan individu melihat pembangunan mapan adalah bergantung kepada nilai. Nilai bagi sesuatu masyarakat membantu dalam bagaimana keputusan seseorang dibuat dan bagaimana perundangan negara ditulis. [1]

Cabarannya ialah bagaimana untuk membawa mereka ini bersama untuk bekerjasama dalam mencari keseimbangan dalam kepentingan dan keutamaan mereka. Pelbagai pendekatan bagi ESD untuk menggalakkan orang ramai memahami dan menilai nilai mereka dan masyarakat yang mereka tinggal dalam konteks kemapanan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UNESCO (2005). International Implementation Scheme for the DESD". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-11-02.