Penembakan pusat membeli-belah Westgate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penembakan pusat beli-belah Westgate

Asap di atas pusat beli-belah Westgate
(23 September 2013)
Lokasi Westlands, Nairobi,
Kenya
Koordinat 1°15′25″S 36°48′12″T / 1.25694°S 36.80333°T / -1.25694; 36.80333Koordinat: 1°15′25″S 36°48′12″T / 1.25694°S 36.80333°T / -1.25694; 36.80333
Tarikh 21 September 2013 (2013-09-21)
~12:00–12:30 pada 21–24 September (UTC+3)
Jenis serangan Pembunuhan beramai-ramai, penembakan, krisis tawanan
Senjata AK-47[1]
Bom tangan
Kematian Sekurang-kurangnya 72 (61 orang awam, 6 kakitangan keselamatan, 5 penyerang)[2]
Kecederaan 175[3]
Pesalah Al-Shabaab

Pada 21 September 2013, sepuluh hingga lima belas[4] orang bersenjata tak dikenali menyerang pusat beli-belah atasan Westgate di Nairobi, Kenya. Kumpulan itu menyerang pusat membeli-belah dan kemudian terlibat dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan Kenya sehingga 24 September, membunuh sekurang-kurangnya 72 orang,[2] termasuk 61 orang awam, 5 anggota keselamatan dan 6 penyerang. Sebanyak 175 orang dilaporkan terluka dalam penembakan beramai-ramai ini.[3]

Kumpulan Islamisme Al-Shabaab mendakwa bertanggungjawab atas insiden ini,[5] yang dicirikan sebagai balasan atas pengerahan ketenteraan Kenya di Somalia. Banyak media juga menduga keterlibatan kelompok pemberontak dalam serangan berdasarkan amaran sebelumnya yang dikeluarkan di tengah Operasi Linda Nchi tahun 2011-2012.

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Sekurangnya-kurangnya 72 orang telah terbunuh, termasuk 61 orang awam, 6 kakitangan keselamatan dan 5 penyerang.[2] Manakala lebih 175 orang dilaporkan cedera dalam kejadian penembakan ini.[3]

Selain warga Kenya, sekurang-kurangnya 18 warga negara asing turut terkorban.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]