Penerbangan 114 Penerbangan Arab Libya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penerbangan 114 Penerbangan Arab Libya adalah satu penerbangan berjadual daripada Tripoli ke Kaherah. Pada jam 10.30 pagi, 21 Februari 1973, pesawat Boeing 727 yang mengendalikan penerbangan ini berlepas daripada Tripoli, tetapi telah hilang arah di utara kawasan udara Mesir pada jam 13.44. Kapal terbang ini kemudiannya memasuki secara tidak sengaja ruang udara Israel di Sinai pada jam 13.54. Walaupun Sinai adalah wilayah Mesir, kawasan ini diduduki oleh Pasukan Pertahanan Israel semenjak Perang Enam Hari tahun 1967. Setelah percubaan menghubungi pesawat Libya oleh sepasang pesawat pejuang McDonnell Douglas F-4 Phantom II gagal menghasilkan tindak balas, pesawat Libya itu ditembak jatuh oleh pesawat Phantom itu menyebabkan kematian 108 daripada 113 orang yang berada dalam pesawat Libya itu.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pihak perisikan Mossad Israel menghebahkan bahawa salah satu kumpulan serpihan Pertubuhan Pembebasan Palestin akan melancarkan serangan keganasan menggunakan pesawat penumpang ke atas sasaran tentera di Israel. Ini meletakkan keseluruhan sistem pertahanan Israel dalam tahap siaga yang paling tinggi.

Libya di bawah kepimpinan Muammar Al Gaddafi pula dilihat sebagai sebuah negara berfahaman ekstrim dan secara terang dan aktif menyokong perjuangan pengganas dan pemberontak ekstrim. Libya menyokong kuat aktiviti keganasan yang ditujukan ke arah Israel dan disyaki membiayai kumpulan pelampau yang mensasarkan Israel. Umpamanya, Libya bersetuju menerima dan melindungi pengganas Tentera Merah Jepun yang menyerbu dan menawan 50 orang tebusan di kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada tahun 1975.

Perihal Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pesawat 5A-DAH dirakamka semasa di Paris

Dalam kejadian ini, pesawat Boeing 727-224 pendaftaran 5A-DAH S/N: 20244 milik Syarikat Penerbangan Libya dipandu oleh krew berbangsa Perancis (Kapten dan jurutera penerbangan) dan Libya (penolong juruterbang). Krew Perancis adalah kakitangan Air France yang ditugaskan secara kontrak untuk berkhidmat dengan Penerbangan Arab Libya. Selepas berhenti untuk mengisi minyak di Benghazi di sebelah timur Libya, Penerbangan 114 meneruskan penerbangan ke Kaherah dengan 113 orang penumpang dan anak kapal.

Sedang pesawat ini terbang di bahagian utara negeri Mesir, pesawat ini bertembung dengan satu ribut pasir yang kuat dan memaksa Kapten dan pembantu juruterbang bertukar menggunakan kaedah pemanduan arah menggunakan alat bantuan pandu arah penerbangan (instrument control). Keadaan ribut menyebabkan mereka tidak lagi dapat menggunakan penglihatan visual mercu tanda darat sebagai bantuan pemanduan arah.

Tidak lama kemudian, kira-kira jam 13:44, juruterbang Penerbangan 114 mulai syak bahawa beliau telah membuat kesilapan pemanduan arah disebabkan oleh kerosakan alat kompas – dia tidak dapat mengesan berup aeronautik kawalan udara dan tidak dapat menentukan kedudukan sebenar pesawatnya. Malangnya, juruterbang tersebut tidak melaporkan kesangsiannya kepada Menara Kawalan Penerbangan Kaherah. Sebaliknya pada jam 13:52 juruterbang tersebut memperolehi kebenaran daripada Menara Kawalan Penerbangan Kaherah untuk memulakan penurunan untuk pendaratan. Pada hal pesawatnya sudah ditolak oleh angin kuat ke arah timur dan kini berada di kawasan Terusan Suez

[[Pasukan Pertahanan Israel]] yang ketika itu diletakkan dalam keadaan siaga paling tinggi berikutan amaran oleh Mossad bahawa serangan pengganas menggunakan pesawat penumpang dan meletupkan pesawat itu into kawasan berpenduduk tinggi seperti Tel Aviv ataupun di loji nuklear di Dimona. (Ketika itu Israel dalam keadaan berperang dengan Mesir. Israel memikirkan pelik mengapa tidak ada misil anti-pesawat dilancarkan ke atas pesawat Boeing 727 Penerbangan 114 ini, dan tiada pesawat tempur MiG dikerahkan untuk memintas pesawat ini, meskipun dalam kejadian sepertinya sebulan sebelum, sebuah pesawat Ethiopia telah ditembak jatuh).

Pada jam 13:54, pesawat Penerangan 114 memasuki ruang udara Israel di kawasan gurun di Sinai pada ketinggian 20,000 kaki. Dua buah pesawat tempur F-4 Phantom bergegas ke udara untuk menyiasat dan berjaya memintas Penerbangan 114 pada jam 13:59. Juruterbang Israel yang ditugaskan tidak melihat penumpang di dalam pesawat Penerbangan 114 kerana bidai tingkap pesawat ditutup.

Juruterbang Israel itu kemudiannya cuba menghubungi juruterbang Penerbangan 114 dengan hubungan radio, tetapi tidak dijawab. Mereka juga cuba menarik perhatian juruterbang Penerbangan 114 dengan mengayunkan sayap pesawat F-4 Phantom mereka untuk mengisyaratkan Penerbangan 114 untuk mengikuti mereka ke pangkalan udara Refidim.

Krew Penerbangan 114 tidak memberikan balasan kepada isyarat-isyarat yang diberikan oleh kedua-dua juruterbang Israel itu, walaupun isyarat tangan di antara juruterbang pesawat tempur Israel dengan krew Penerbangan 114 membayangkan bahawa krew penerbangan114 memahami arahan yang diberikan.

Ketika ini, krew Penerbangan 114 menghubungi pusat kawalan udara Kaherah dan melaporkan kegagalan mereka mengesan berup lapangan terbang Kaherah. Petugas menara kawalan Kaherah yang mempercayai Penerbangan 114 sudah hampir, mengarahkan Penerbangan 114 turun ke paras 4,000 kaki untuk persediaan mendarat.

Kejadian Mengikut Perspektif Israel[sunting | sunting sumber]

Pesawat F-4 Phantom II digunakan oleh Tentera Udara Israel untuk memintas Penerbangan 114 Libya

Pada jam 14:01, pesawat F-4 Israel itu melepas tembakan peluru surih (tracer shells) di hadapan pesawat Penerbangan 114. Pesawat Libya itu bertukar arah dan memulakan penurunan ke pangkalan udara Refidim, dan mengeluarkan gear pendaratan apabila mencapai ketinggian 5,000 kaki. Tetapi pesawat itu tiba-tiba bertukar arah menuju ke barat dan semakin menaik.
Juruterbang pesawat F-4 mengingatkan pesawat Boeing 727 itu hendak pusing bagi membuat percubaan pendaratan kali kedua, tetapi pesawat Libya itu meneruskan penerbangan ke barat seolah-olah mahu melepaskan diri. Juruterbang Israel itu melepas lagi tembakan peluru surih sebagai amaran.

Pada ketika ini, kepimpinan Israel sudah membuat rumusan bahawa pesawat ini adalah pesawat yang digunakan oleh kumpulan pengganas dan mesti tidak dibiarkan melepaskan diri. Pesawat F-4 diarahkan memaksa pesawat Libya itu untuk mendarat. Pada jam 14:08, pesawat F-4 itu menembak hujung sayap pesawat Boeing 727 itu.
Apabila tidak ada tanda-tanda pesawat itu akan bertukar arah untuk mendarat di Redifim, pesawat Israel itu menembak hujung sayap pesawat Libya itu untuk memberikan amaran akan kesungguhan mereka mengambil tindakan drastik sekiranya perlu. Apabila tidak tanda-tanda yang menunjukkan pesawat Libya itu akan akur kepada arahan untuk mendarat, juruterbang pesawat F-4 Israel itu menembak arah pangkal sayap (wing root) pesawat Boeing 727 yang menyebabkan kerosakan teruk pesawat itu. Disebabkan kerosakan teruk, juruterbang Perancis pesawat Libya itu cuba membuat pendaratan kecemasan di kawasan gurun tetapi terlanggar satu gumuk pasir (sand dune).
108 daripada 113 orang yang berada dalam pesawat Libya itu terbunuh. Kedudukan pesawat itu hanya satu minit masa penerbangan dari ruang udara Mesir, berhampiran Ismaïlia.

Kejadian Mengikut Perspektif Israel[sunting | sunting sumber]

Pada jam 14:01, pesawat F-4 Israel itu melepas tembakan peluru surih (tracer shells) di hadapan pesawat Penerbangan 114. Pesawat Libya itu bertukar arah dan memulakan penurunan ke pangkalan udara Refidim, dan mengeluarkan gear pendaratan apabila mencapai ketinggian 5,000 kaki. Tetapi pesawat itu tiba-tiba bertukar arah menuju ke barat dan semakin menaik. Juruterbang pesawat F-4 mengingatkan pesawat Boeing 727 itu hendak pusing bagi membuat percubaan pendaratan kali kedua, tetapi pesawat Libya itu meneruskan penerbangan ke barat seolah-olah mahu melepaskan diri. Juruterbang Israel itu melepas lagi tembakan peluru surih sebagai amaran.

Pada ketika ini, kepimpinan Israel sudah membuat rumusan bahawa pesawat ini adalah pesawat yang digunakan oleh kumpulan pengganas dan mesti tidak dibiarkan melepaskan diri. Pesawat F-4 diarahkan memaksa pesawat Libya itu untuk mendarat. Pada jam 14:08, pesawat F-4 itu menembak hujung sayap pesawat Boeing 727 itu. Apabila tidak ada tanda-tanda pesawat itu akan bertukar arah untuk mendarat di Redifim, pesawat Israel itu menembak hujung sayap pesawat Libya itu untuk memberikan amaran akan kesungguhan mereka mengambil tindakan drastik sekiranya perlu. Apabila tidak tanda-tanda yang menunjukkan pesawat Libya itu akan akur kepada arahan untuk mendarat, juruterbang pesawat F-4 Israel itu menembak arah pangkal sayap (wing root) pesawat Boeing 727 yang menyebabkan kerosakan teruk pesawat itu. Disebabkan kerosakan teruk, juruterbang Perancis pesawat Libya itu cuba membuat pendaratan kecemasan di kawasan gurun tetapi terlanggar satu gumuk pasir (sand dune). 108 daripada 113 orang yang berada dalam pesawat Libya itu terbunuh. Kedudukan pesawat itu hanya satu minit masa penerbangan dari ruang udara Mesir, berhampiran Ismaïlia.

Perspektif Pesawat Penumpang[sunting | sunting sumber]

Gambaran artisitik penembakan jatuh pesawat Penerbangan 114 Libya pada 21.02.73

Apabila pesawat F-4 Israel muncul, juruterbang pesawat Libya menyangkakan pesawat itu pesawat MiG-21 milik Tentera Udara Mesir. Apabila menerima isyarat tangan daripada juruterbang pesawat pejuang F-4 Israel (yang disangkakan pesawat MiG-21 Mesir, juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat Libya marah melihat isyarat biadap yang ditunjukkan oleh juruterbang pesawat pejuang Israel (yang disangkakan juruterbang Mesir) itu. Di Kaherah terdapat dua buah lapangan terbang, Cairo East dan Cairo West. Cairo East adalah lapangan terbang antarabangsa sementara Cairo West digunakan oleh Tentera Udara Mesir. Juruterbang pesawat Libya itu memikirkan mereka sudah terlepas lapangan terbang Cairo East dan menyangkakan pesawat pejuang itu akan mengiringi mereka semula ke Cairo East.

Apabila pesawat Libya menurun menuju Redifim, juruterbang dan pembantu juruterbang menyedari pangkalan itu sebuah pangkalan udara tentera. Mereka membuat rumusan bahawa mereka tersilap dan menukar arah haluan penerbangan untuk menuju semula ke Cairo East. Apabila pesawat mereka ditembak oleh pesawat pejuang berkenaan, juruterbang dan pembantu juruterbang kebingungan kerana tidak melihat sebab mengapa mereka diberikan tembakan amaran. Rakaman dari perakam suara kokpit (black box) menunjukkan juruterbang dan pembantu juruterbang tidak mengetahui sebab mengapa mereka ditembak.

Kesudahan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Israel menafikan pembebatan dalam kejadian penembakan jatuh pesawat Libya LN 114. Tetapi apabila syarikat Boeing membuat analisis rakaman suara kokpit yang merakamkan perhubungan antara pesawat itu dengan menara kawal Kaherah, Israel mengakui menembak jatuh pesawat itu. Kerajaan Israel akhirnya menghebahkan bahawa keputusan menembak jatuh pesawat Libya LN 114 dibuat oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Israel David Elazar. Israel memberikan alasan keadaan ketegangan dalam suasana perang dan juga menyalahkan tindak laku tidak ketahuan oleh juruterbang pesawat Libya LN 114. Israel berkeras mereka mengambil tindakan itu sebagai langkah mempertahankan diri. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menggunakan alasan hak negara berdaulat untuk mempertahankan diri enggan mengambil apa-apa tindakan ke atas Israel. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization) atau ICAO mencela Israel tetapi Amerika Syarikat memilih untuk tidak menyertai tindakan celaan itu.

Victor Ostrovsky dalam tulisannya “By way of deception: The Making and Unmaking of a Mossad Officer” mendakwa bahawa keputusan untuk menembak pesawat Libya itu diambil oleh seorang Kapten Tentera Udara Israel yang gagal menghubungi pegawai-pegawai atasannya untuk mendapatkan arahan dan bimbingan bagaimana hendak mengendalikan krisis pesawat Libya yang menyimpang daripada laluan asalnya. Dalam keadaan terdesak, Kapten itu terpaksa membuat keputusan sendiri dan mengarahkan pesawat Phantom itu melepaskan tembakan amaran dan setelah dilihat cuba melarikan diri, untuk menembak jatuh pesawat itu.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Forgotten History: The Case of Libyan Arab Airlines Flight 114[pautan mati kekal]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ostrovsky, Victor. By Way of Deception-The making and unmaking of a Mossad Officer. New York: St. Martin's Press, 1990. ISBN 0-9717595-0-2

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]