Penerbangan 11 American Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 11 American Airlines
Laluan penerbangan AA 11 dari Boston ke Bandar Raya New York
Ringkasan perampasan
Tarikh Selasa, 11 September 2001
Ringkasan Perampasan kapal terbang berani mati
Tempat World Trade Center
Penumpang 81 (termasuk 5 perampas)
Anak kapal 11
Kematian Kesemua 92 orang dalam pesawat, dan kira-kira 1,600 orang (termasuk yang lompat keluar serta pekerja kecemasan) di Menara Utara World Trade Center.
Terselamat 0
Jenis pesawat Boeing 767-223ER
Pengendali American Airlines
Pendaftaran N334AA
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Logan
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles
N334AA

Penerbangan 11 American Airlines ialah penerbangan rentas benua American Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di Los Angeles, California. Pada hari Selasa, 11 September 2001, pesawat yang terbang mengikut laluan ini—sebuah Boeing 767-223ER—dirampas oleh lima orang pengganas al-Qaeda, lalu dihempaskan kepada Menara Utara World Trade Center di Bandar Raya New York, sebagai sebahagian serangan 11 September.

15 minit selepas berlepas, para perampas mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang, memecah masuk ke dalam kokpit, dan mengatasi juruterbang dan pegawai pertama. Mohamed Atta, seorang ahli al-Qaeda dan juruterbang terlatih, mengambil alih kawalan pesawat. Pengawal trafik udara mendapati penerbangan ini dalam kesusahan apabila kakitangan berhenti membalas panggilan mereka. Mereka sedar bahawa pesawat terbabit telah dirampas apabila Atta tersilap memancarkan pengumuman untuk penumpang kepada pengawal trafik udara. Dalam pesawat, pramugari Amy Sweeney dan Betty Ong menghubungi pejabat American Airlines, lalu memberikan keterangan mengenai para perampas dan kecederaan yang dialami oleh penumpang dan kakitangan.

Pesawat ini terhempas di Menara Utara World Trade Center pada jam 8:46 waktu tempatan; impaknya membunuh kesemua 92 orang dalam pesawat, termasuk perampas sekali, dan sebilangan mangsa yang tidak disahkan di zon hempasan dalam bangunan. Pelanggaran ini disaksikan oleh ramai orang di jalanan. Sebelum kejadian perampasan disahkan, agensi-agensi berita mulai melaporkan kejadian ini dan membuat spekulasi bahawa hempasan itu merupakan kemalangan. Impaknya dan kebakaran yang menyusul menyebabkan Menara Utara runtuh, mengorbankan ribuan lagi mangsa. Dalam usaha mencari dan menyelamat di tapak World Trade Center, para pekerja menemui dan mengenal pasti ratusan sisa jenazah mangsa Penerbangan 11, tetapi banyak lagi cebisan badan manusia yang tidak dapat dikenal pasti.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

External images
Picture of aircraft Pre 9/11