Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines
Sebuah kapal terbang One-Two-GO MD-82 di Lapangan Terbang Phuket
Kejadian
Tarikh16 September 2007
RingkasanMasih disiasat
Tapak kejadianLapangan Terbang Antarabangsa Phuket
Jenis pesawatMcDonnell Douglas MD-82
PengendaliOne-Two-GO Airlines
Kod pendaftaranTemplat:Airreg
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Phuket
Penumpang123
Anak kapal7
Kematian89
Terselamat41

Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines merupakan sebuah penerbangan berjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket di pulau peranginan Phuket, Thailand. Pada 16 September 2007, kapal terbang yang menjalankan operasi penerbangan tersebut terhempas selepas ia menghentam landasan lapangan terbang tersebut dengan kuat semasa cuba untuk mendarat buat kali kedua di tengah-tengah hujan lebat dan angin kuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah dibuka kembali pada tengahari 17 September 2007[1].

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pesawat penerbangan 269 (nombor pendaftaran HS-OMG) berlepas dari Bangkok pada 2:30 pm waktu tempatan (0730 UTC) dan dijadualkan mendarat di Phuket pada 3:50 pm. Bagaimanapun, kapal terbang jenis McDonnell-Douglas MD-82 itu terbabas, terbelah dua dan meletup[2].

Pesawat itu terbabas di hujung landasan kerana hujan lebat luar biasa dan landasan yang licin serta air bertakung. Kapal terbang itu terpesosok ke dalam hutan di tepi landasan[3].

Kapal terbang OG269 terbang 168 kali setiap minggu ke Phuket dan mungkin menjadi punca kemalangan.

Tambahan pula langkah keselamatan tidak diperbaharui, manual operasi, sistem pemadam api dan oksigen tidak dalam kondisi baik[3].

Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket merupakan lapangan terbang ke-2 sibuk di Thailand. Lapangan terbang ini terletak 20 km dari bandar Phuket.

Juruterbangnya seorang warga asing yang berpengalaman. Tidak pasti sama ada juru terbang selamat atau tidak.

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Pesawat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang di Bangkok membawa 123 penumpang dan 5 krew. Penumpangnya rakyat Thailand dan 78 warga Barat dari Irish (2), Israel (2), Austria (2) British (5), Jerman (5),Iran (5), dan Kanada (1).Seramai 87 mati dan 43 cedera.

Timbalan Gabenor Phuket Worraphot Ratsrimaa menyatakan semua mangsa telah dibawa ke Hospital Phuket. Kapal terbang OG269 One-Two-Go Airlines itu sejenis penerbangan tambang murah milik syarikat domestik Orient Thai Airlines. Syarikat ini beroperasi sejak 3 Disember 2003 dari Bangkok ke Chiang Mai. Kemudian menambah 6 penerbangan sehari dari Bangkok ke Phuket. Orient Thai Airlines mempunyai 8 jet McDonnell Douglas MD-80 , buatan syarikat Boeng dari Amerika Syarikat.

Udom Tantiprasongchai, pengerusi One-Two-Go segera memohon maaf kepada semua keluarga mangsa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Pada 11 Disember 1998 , seramai 101 terbunuh apabila pesawat Thai Airway kemalangan dalam hujan lebat di Surat Thani , 530 km di selatan Bangkok, Thailand. 45 orang selamat.
  • Pada Oktober 2004, juru terbang kapal terbang Boeng 747-200 kendalian Orient Thai gagal memberi penerangan untuk mendapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Wikinews2

  1. ^ "Phuket Airport reopens after Sunday air disaster". MCOT. 2007-09-17.
  2. ^ Xinhuanet
  3. ^ a b New York Times

Pautan luar[sunting | sunting sumber]