Penerbangan 447 Air France

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 447 Air France
F-GZCP, pesawat yang terbabit dalam kemalangan
kemalangan
Tarikh1 Jun 2009 (2009-06)
RingkasanDalam siasatan
Tapak kejadianBerhampiran titik laluan TASIL, Lautan Atlantik[1]
3°30′N 30°30′W / 3.5°N 30.5°W / 3.5; -30.5Koordinat: 3°30′N 30°30′W / 3.5°N 30.5°W / 3.5; -30.5 (anggaran)
Jenis pesawatAirbus A330-200
PengendaliAir France
Kod pendaftaranF-GZCP
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Galeao-Antonio C Jobim
DestinasiLapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle
Penumpang216
Anak kapal12
Kematian228[1] (semua)
Terselamat0

Penerbangan 447 Air France' adalah penerbangan komersil dari Rio de Janeiro, Brazil, ke Paris, Perancis yang terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik. Seramai 228 disahkan mati iaitu kesemua 12 anak kapal dan 216 penumpang. Sebab kemalangan belum dipastikan lagi, tapi sisatan awal mendapati bahawa terdapat kesan pengaisan penderia laju menyebabkan bacaan laju udara yang salah, hingga mengakibatkan kemalangan.[2]

Pesawat Airbus A330-200 Air France itu, dengan kod pendaftaran F-GZCP, berlepas pada 31 Mei 2009 jam 19:03 waktu tempatan (22:03 UTC) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro-Galeão, Brazil menuju ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis. Bagaimanapun ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.[3]

Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil.[4] Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.

Pada 3 April 2011, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA) mengumumkan ia telah menjumpai dan akan mendapatkan serpihan besar bangkai pesawat.[5] Kelibat mayat juga dilihat dalam bangkai itu.[6]

Butiran penerbangan[sunting | sunting sumber]

Pesawat Airbus A330-200 dengan pendaftaran F-GZCP itu pertama kali terbang pada 25 Februari 2005. Dalam Penerbangan 447 Air France ini, ia meninggalkan Rio de Janeiro pada 31 Mei 2009 jam 7:03 malam (22:03 UTC) dan dijadualkan tiba di Paris-Charles de Gaulle kira-kira 11 jam kemudian.[1]

Hubungan lisan terakhir terjadi pada 01:33 UTC, ketika pesawat itu berada berhampiran titik laluan INTOL (1°21′39″S 32°49′53″W / 1.36083°S 32.83139°W / -1.36083; -32.83139) di Lautan Atlantik, 565 km (360 batu) dari pantai timur laut Brazil. Mereka dijangka memasuki ruang udara Senegal dalam masa 50 minit pada titik laluan TASIL (4°0′18″N 29°59′24″W / 4.00500°N 29.99000°W / 4.00500; -29.99000) di aras penerbangan 10,670 m dan kelajuan 840 km sejam,[1] namun tidak muncul-muncul. Radar Brazil mengesan isyarat terakhir daripada pesawat itu pada 01:48 UTC.

Grafik lokasi Air France terhempas

Usaha mencari[sunting | sunting sumber]

Pegawai trafik udara Brazil menghubungi Dakar pada 02:20 UTC.Tentera Udara Brazil mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Kepulauan Fernando de Noronha. Kapal terbang peninjau Perancis juga dihantar.Jurucakap Tentera Udara Brazil kolonel Henry Munhoz memberitahu TV Brazil radar mengesan kapal terbang itu di pulau Cape Verde .Jurucakap Air France meramalkan bahawa pesawat itu mungkin terkena kilat.

Penumpang dan krew[sunting | sunting sumber]

Seramai 228 berada di dalam kapal tersebut termasuk tiga juruterbang dan sembilan krew kabin.Antaranya ialah bayi, 7 kanak-kanak , 82 wanita, dan 126 lelaki.Kebanyakan penumpang itu adalah rakyat Brazil dan Perancis. Juruterbang penerbangan ialah Marc Dubois (80 tahun) telah menyertai Air France pada 1988. Beliau melakukan penerbangan kira-kira 11,000 masa penerbangan, dengan 1,700 jam Airbus A330. Dua pembantu juruterbang ialah David Robert (37 tahun) dan Pierre-Cedric Bonin (32 tahun) melakukan 9,000 masa penerbangan. 12 anak kapal, 11 warga Perancis dan 1 Brazil.

Penumpang penting[sunting | sunting sumber]

Antara penumpang yang penting dan terkenal ialah :

  • Prince Pedro Luís Orléans-Braganç. Dia warganegara Brazil/Belgium.Kini menetap dan bekerja di sebuah syarikat di Luxembourg.
  • Eksekutif syarikat Michelin Brazil iaitu ThyssenKrupp.
  • Datuk Bandar Rio de Janeiro, isterinya, dan pemimpin Symphony Orchestras Brasilia National Theatre dan Rio de Janeiro Municipal Theatre.
  • Juliana de Aquino - pelakon teater di Jerman
  • Pemain hap, Fatma Ceren Necipoglu dari Turki.
Warganegara Penumpang Anak kapal Jumlah
 Perancis 61 11 72
Brazil 58 1 59
 Jerman 26 26
 Itali 10 10
 Republik Rakyat China 9 9
  Switzerland 6 6
 Lubnan 5 5
United Kingdom 5 5
 Hungary 4 4
 Republik Ireland, Norway, Sweden,  Slovakia 3 orang bagi setiap negara 9
 Maghribi,  Poland,  Sepanyol,  Amerika Syarikat 2 orang bagi setiap negara 8
 Argentina,  Austria,  Belgium,  Kanada,
 Croatia,  Denmark,  Estonia,  Gambia,
 Iceland,  Belanda,  Filipina,  Romania,
Rusia,  Afrika Selatan, Turki
1 orang bagi setiap negara 16
Jumlah 216 12 228

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.Tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem. Puncanya mungkin sekali dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara. Ribut tropika membawa angin selaju 160 kilometer sejam sering berlaku di laluan penerbangan itu.

Pengalisis lain menyatakan kemungkinan kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.Biro Analisis Penerbangan Civile (BEA) ditugaskan menjalankan siasatan rasmi. Pengerusi BEA Paul-Louis Arslanian menyatakan bahawa dia tidak optimistik mencari alat perakam kapal terbang kerana mungkin tenggelam 3,000 m di dasar lautan. Penyiasat berharap menemui ekor pesawat kerana perakam itu terletak di sana.Pada 1988, kontraktor bebas mampu memulihkan kotak hitam yang djumpai pada kapal terbang Penerbangan 295 Afrika Selatan di kedalaman 4,900 m . Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kedalaman Lautan Atlantik mencecah 7,000 meter.[7][8]

Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan .Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil.

Menteri pertahanan Brazil Nelson Jobim menyatakan tiada sebarang letupan itu atau kebakaran yang mencetuskan bahan api jet setakat ini. Penyiasat telah menemui kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi , komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet . Zon serpihan terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis berkejar ke sana untuk misi mencari.

Tentera Udara Brazil menyatakan pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".Perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.Pesawat itu hilang 300 km timur laut pantai bandaraya Natal .

Nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 penumpang dan krew.

Ancaman bom[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mei 2009, beberapa hari sebelum nahas itu, Air France menerima ancaman bom terhadap penerbangan antara Boenos Aires, Argentina ke Paris.Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires menangguhkan penerbangan selama 90 minit tetapi tidak menemui sebarang bom.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Rapport d'étape f-cp090601e Accident survenu le 1er juin 2009 à l'Airbus A330-203 immatriculé F-GZCP exploité par Air France vol AF 447 Rio de Janeiro - Paris" (PDF). Paris: BEA. 2 Julai 2009. Dicapai pada 4 Julai 2009.(Perancis)
  2. ^ "French air crash probe: 'no link yet' to sensors". AFP.
  3. ^ "Air France Says 'No Hope' For Missing Jetliner". National Public Radio. 1 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-03. Dicapai pada 1 Jun 2009.
  4. ^ "UPDATE 1-Brazil crews find 2 bodies from Air France flight". Reuters. 6 June 2009. Dicapai pada 6 June 2009.
  5. ^ Ben Quinn dan agensi berita (3 April 2011). "Air France 447 search yields fresh hope with discovery of debris on seabed". The Guardian. UK. Dicapai pada 4 April 2011.
  6. ^ "Voo 447: governo da França diz que encontrou corpos entre os destroços do avião" (dalam bahasa Portugis). O Globo. 4 April 2011. Dicapai pada 4 April 2011.
  7. ^ "Penyelam ke kawasan terhempas nahas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-06. Dicapai pada 2009-06-04.
  8. ^ Air France sah terhempas