Penerbangan 5017 Air Algérie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 5017 Air Algérie
Pesawat nahas ini di Lapangan Terbang Adolfo Suárez Madrid–Barajas, Sepanyol, pada Januari 2013
Kemalangan
Tarikh24 Julai 2014
RingkasanTerhempas; dalam siasatan
Tapak kejadianTenggara Gossi, Mali
Pesawat
Jenis pesawatMcDonnell Douglas MD-83
PengendaliSwiftair untuk Air Algérie
Kod pendaftaranEC-LTV
Asal penerbanganLapangan Terbang Ouagadougou, Burkina Faso
DestinasiLapangan Terbang Houari Boumediene, Algiers, Algeria
Penumpang112
Anak kapal6
Kematian118 (semua)
Terselamat0

Penerbangan 5017 Air Algérie (AH5017/DAH5017) ialah penerbangan penumpang antarabangsa berjadual dari Ouagadougou, Burkina Faso, ke Algiers, Algeria yang terhempas pada 24 Julai 2014 berhampiran Gossi, Mali. Pesawat McDonnell Douglas MD-83 ini membawa 112 penumpang dan 6 orang anak kapal dan dikendalikan oleh Swiftair untuk Air Algérie. Ia hilang daripada radar 50 minit selepas berlepas. Tidak ada penumpang yang terselamat.

Punca kemalangan ini masih belum diketahui; pihak berkuasa Mali sedang menjalankan penyiasatan dengan bantuan Biro Siasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Sivil Perancis.

Peristiwa ini merupakan kemalangan udara utama ketiga dalam jangka masa seminggu yang melibatkan penerbangan komersial, dan merupakan yang kedua tanpa mangsa yang terselamat. Peristiwa ini berlaku selepas kejadian tembak jatuh Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia pada 17 Julai dan peristiwa terhempasnya Penerbangan 222 TransAsia Airways pada 23 Julai.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Penerbangan ini berlepas daripada Lapangan Terbang Ouagadougou pada 1:07 pagi waktu tempatan (UTC) pada 24 Julai 2014. Ia dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Houari Boumediene, Algiers pada 5:10 pagi.[1] Air Algérie terputus hubungan dengan penerbangan tersebut pada 1:55 pagi, kira-kira 50 minit selepas ia berlepas.[2] Bangkai kapal terbang ditemui di tenggara Gossi, Mali, dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tiba untuk melindungi tapak kejadian pada 25 Julai.[3]

Pada 28 Julai, telah didedahkan bahawa anak kapal penerbangan tersebut telah meminta untuk berpatah balik ke Burkina Faso setelah meminta kebenaran untuk menyimpang daripada laluan asal disebabkan cuaca buruk.[4] Pada masa itu, terdapat sistem perolakan mesoskala di kawasan tersebut.[5]

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa Mali telah memulakan satu penyiasatan terhadap bencana ini. Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA) Perancis akan memberikan bantuan teknikal bagi tujuan tersebut. Pada 27 Julai, peninjau BEA telah tiba di kawasan kejadian untuk mengumpul bahan bukti.[3] Kedua-dua kotak hitam telah ditemui; data daripada perakam data penerbangan telah dibaca, tetapi perakam suara kokpit telah mengalami kerosakan dan memerlukan sedikit usaha untuk dibaca.[6][7]

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan (menurut Air Algérie)[8]
Negara Penumpang
 Algeria 6
 Belgium 1
 Burkina Faso 28
 Cameroon 1
 Jerman 4
 Kanada 5
 Lubnan 6
 Luxembourg 2
 Mali 1
 Mesir 1
 Nigeria 1
 Perancis 52
 Sepanyol 6
 Switzerland 1
 United Kingdom 1
 Jumlah 116

Terdapat 112 orang penumpang di dalam pesawat tersebut; daripada angka tersebut, 54 orang adalah warga Perancis. Penumpang-penumpang lain datangnya dari Burkina Faso, Lubnan, Algeria, Sepanyol, Kanada, Jerman dan Luxembourg.[9] Wakil Air Algérie di Burkina Faso, Kara Terki, telah memberitahu di dalam satu sidang akhbar bahawa semua penumpang sedang dalam transit ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.[10] Keenam-enam anak kapal merupakan warga Sepanyol.[11][12]

Pada 25 Julai, Presiden Perancis François Hollande menyatakan bahawa tidak ada penumpang yang terselamat.[13]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini sebelum ini pernah berkhidmat di bawah Austral Líneas Aéreas dengan pendaftaran LV-BHN, dilihat di Buenos Aires pada Mac 2008.

Pesawat yang terlibat dalam kemalangan ini adalah pesawat McDonnell Douglas MD-83, berpendaftaran EC-LTV, MSN 53190, nombor barisan 2148. Ia pertama kali terbang pada Jun 1996. Pesawat ini terbang dengan enjin Pratt & Whitney JT8D.[1]

Pesawat ini diperoleh oleh Swiftair, pengendali penerbangan carter, dan didaftarkan semula sebagai EC-LTV pada tahun 2012.[14] Ia telah dipajak basah kepada Air Algérie pada 22 Jun 2014 untuk menyediakan lebih banyak kapasiti untuk musim panas.[14][15][1][16]

Ketika kehilangannya, EC-LTV telah mencapai lebih daripada 32,000 kitaran.[nota 1] Pengarah Direktorat Jeneral bagi Penerbangan Sivil (DGAC) Perancis, Patrick Gandil, mengatakan bahawa pesawat itu telah diperiksa di Perancis "dua ke tiga hari lalu" dan ia berada "dalam keadaan baik".[17]

Pascakejadian[sunting | sunting sumber]

Tindakan undang-undang[sunting | sunting sumber]

Pendakwa-pendakwa di Paris telah memulakan penyiasatan awal bagi "pembunuhan secara tidak sengaja".[18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kitaran penekanan, biasanya bersamaan dengan jumlah penerbangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kaminski-Morrow, David. "Swiftair MD-83 operating missing Air Algerie service". London: Flightglobal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-24. Dicapai pada 24 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Bjork, Christopher; Wall, Robert; Meichtry, Stacy (24 July 2014). "Air Algerie Flight Reported Missing With 116 on Board". The Wall Street Journal. Dicapai pada 24 July 2014.
  3. ^ a b Hradecky, Simon (25 July 2014). "Crash: Swiftair MD83 over Mali on Jul 24th 2014, aircraft lost altitude". The Aviation Herald. Dicapai pada 25 July 2014.
  4. ^ "Air Algerie AH5017: Pilots 'asked to turn back'". BBC News. 28 July 2014. Dicapai pada 29 July 2014.
  5. ^ "Avion perdu en Afrique: gros orages sur le Burkina Faso" (dalam bahasa Perancis). La Chaîne Météo. 24 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-24. Dicapai pada 24 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Second Black Box Found at Mali Crash Site". Voice Of America. 27 July 2014. Dicapai pada 27 July 2014.
  7. ^ "Flight AH 5017 on 24 July 2014 - McDonnell Douglas MD-83 – registered EC-LTV". Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA). 28 July 2014. Dicapai pada 28 July 2014.
  8. ^ "Communiqué No 04" (PDF). Air Algerie (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-07-28. Dicapai pada 2014-08-02.
  9. ^ "France says Air Algerie pilots had asked to turn back before fatal crash". Herald Globe. Dicapai pada 28 July 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)[pautan mati kekal]
  10. ^ "Missing Air Algerie plane has crashed: Algerian aviation official". Dawn. Agencies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-24. Dicapai pada 24 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "ITAR-TASS: World – Air Algerie plane crashes in Niger — Algerian TV". Information Telegraph Agency of Russia. 24 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-25. Dicapai pada 24 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Missing Air Algerie flight: Live updates as plane vanishes off radar with 116 on board". 24 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-24. Dicapai pada 24 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "Air Algerie AH5017: 'No survivors' from crash in Mali". BBC News. 25 July 2014. Dicapai pada 25 July 2014.
  14. ^ a b "EC-LTV preliminary". Aviation Safety Network. Dicapai pada 24 July 2014.
  15. ^ "Air Algérie leasing a Swiftair MD-83 for summer". ch-aviation. 2 July 2014. Dicapai pada 24 July 2014.
  16. ^ Flottau, Jens; Svitak, Amy (2014-07-25). "MD-83 Wreckage Found In Mali". Aviation Week. Dicapai pada 1 August 2014.
  17. ^ "Air Algerie flight 'crashes' in Mali". Herald. Dicapai pada 26 July 2014.
  18. ^ "Hollande pledges full efforts to locate Air Algerie flight". Xinhuanet. Dicapai pada 26 July 2014.