Penerbangan 574 Adam Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 574 Adam Air
PK-KKW, yang serupa dalam kemalangan
Ringkasan occurrence
Tarikh 1 Januari 2007
Ringkasan Keralatan juruterbang
Tempat Selat Makassar
Penumpang 96
Anak kapal 6
Kematian 102
Terselamat 0
Jenis pesawat Boeing 737-400
Pengendali Adam Air
Pendaftaran PK-KKW
Lokasi Adam Air 574 dalam kemalangan

Penerbangan 574 Adam Air adalah merupakan penerbangan tempatan berjadual di antara Surabaya dan Manado, kedua-duanya di Indonesia.[1] Kapalterbang berkenaan, merupakan satu Boeing 737-400, didaftarkan di atas bawah nama PK-KKW,[2] telah hilang berdekatan dengan Polewali di Sulawesi pada Januari, 2007.[3] Bertentangan dengan laporan berita yang telah dikeluarkan awal sebelumnya, ia masih lagi hilang.

Kapalterbang[sunting | sunting sumber]

Kapalterbang tersebut, satu Boeing 737-400, didaftarkan atas nama PK-KKW, berumur lebih kurang 18 tahun dan telah terbang dengan lapan syarikat penerbangan semasa hayatnya.[4] Kapalterbang berkenaan mempunyai 45,371 jam penerbangan, dan kali terakhir dinilai dan diisytiharkan selamat terbang oleh kementerian pengangkutan Indonesia pada 25 Disember 2005.[5]Ia dilaporkan akan diperiksa kembali pada akhir Januari 2007.[5] Pengurus tugasan lapangan terbang Surabaya telah berkata bahawa sebelum berlepas, kapalterbang berkenaan tidak mempunyai masalah teknikal.[6]

Kronologi Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 2007, 12:55 waktu tempatan(05:55 UTC), kapalterbang berkenaan telah berlepas dari Surabaya membawa 96 penumpang (85 dewasa, 7 kanak-kanak dan 4 bayi)[7] dan enam anak kapal.[1] Laluan penerbangan dua jam, masa pendaratan di Manado telah dijadualkan pada 16:00 waktu tempatan,[note] adalah normal sehingga kapalterbang itu hilang dari radar pengawal trafik udara di Makassar, Sulawesi Selatan dengan hubungan terakhir pada 14:53 waktu tempatan (06:53 UTC). Kedudukan suar terakhir diketahui dikesan oleh satelit Singapura pada 1.30° S 124.45° E.[7] Ketinggian kapalterbang menunjukkan pada paras 35,000 kaki (10,668 meter) pada skrin on the radar.[8]

Peta menunjukkan lokasi Pulau Sulawesi (hijau muda) di kalangan kepulauan Indonesia.

Cuaca di kawasan tersebut adalah ribut;[9] Institut Meteorologi dan Geofizik Indonesia telah menyatakan bahawa ketebalan awan setinggi 30,000 kaki (9,144 meter) dan laju angin pada 30 knot (55.56 km/j) di dalam kawasan berkenaan.[10] Kapalterbang berkenaan telah menghantar dua isyarat kecemasan sebelum hubungan terputus.[11] Jenis isyarat menunjukkan satu "peluang besar ia telah mengalami kemalangan atau satu nahas" merujuk kepada pegawai tentera landasan kapalterbang.[12]

Senarai penumpang sebahagian besarnya terdiri daripada warganegara Indonesia; Orang luar hanyalah satu keluarga Amerika Syarikat terdiri daripada tiga orang.[13][14]

Usaha Mencari dan Menyelamat[sunting | sunting sumber]

Satu kapalterbang Tentera Udara Indonesia seawalnya telah melaporkan bahawa bangkai kapalterbang telah dijumpai di kawasan pergunungan Sulawesi. Komander Pengkalan Udara Hasanuddin Air di Makassar, First Air Marshall Eddy Suyanto, telah mengesahkan menerusi stesen radio tempatan, "Kapalterbang itu berada dalam keadaan musnah. Kami sedang menghantar pasukan-pasukan ke lokasi berkenaan. Kapalterbang itu telah dijumpai berada di sekitar 20 kilometer dari pekan Polewali di pergunungan. Cuaca pada masa ini cerah".[3] The report also indicated that there were 12 survivors and 90 people were killed.

Pasukan pencarian dan penyelamat telah dihantar ke tapak nahas berkenaan dan telah endapati bahawa tiada tanda nahas kapalterbang.[15] Pada 2 Januari 2007, mentero pengangkutan Indonesia, Hatta Radjasa, telah berkata bahawa kapalterbang tersebut masih belumlagi ditemui dan laporan sebelumnya adalah berdasarkan khabar angin daripada orang kampung tempatan yang disampaikan kepada pegawai tempatan adalah tidak benar.[16] First Air Marshall Eddy Suyanto telah meminta maaf kerana maklumat itu, "Lokasi bangkai berkenaan tidak dijumpai. Kami meminta maaf kerana berita yang kami sampaikan adalah tidak benar.".[17]

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Walaupun kapalterbang tersebut tidak dijumpai, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sudah mengarahkan satu siasatan penuh untuk mencari sebab-sebab kehilangan kapalterbang berkenaan, termasuk sebab-sebab kemalangan yang ia mungkin ada termasuk sebab musabab apa-apa kemalangan yang ia mungkin pernah ada. Siasatan juga akan melihat nilai keberadaan di udara termasuk prosedur piawai yang harus ada pada operasi kapal udara.[18] Satu pasukan daripada Amerika Syarikat dengan wakil-wakil daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Pentadbiran Aviasi Persekutuan, Boeing dan General Electric akan menolong dalam siasatan.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Notakaki[sunting | sunting sumber]

1 Bandar-bandar di Pulau Jawa, termasuk Surabaya, mengalami perbezaan satu jam dengan bandar-bandar di Pulau Sulawesi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Plane Carrying 102 Missing in Indonesia", Forbes, 1 January 2007. Dicapai pada 2007-01-01. Diarkibkan drpd. yang asli di 2007-02-03. 
  2. "Nasib 96 Penumpang, Pilot dan Kru Tidak Diketahui", Kompas. Dicapai pada 2007-01-03. (Indonesian) 
  3. 3.0 3.1 Norton, Jerry. "Wreckage of plane found in Indonesian mountains", Yahoo!, Reuters, 2007-01-01. Dicapai pada 2007-01-03. 
  4. "AdamAir PK-KKW Airfleets", Airfleets. Dicapai pada 2007-01-03. 
  5. 5.0 5.1 "Missing airliner not located: Indonesian officials", Reuters. Dicapai pada 2007-01-03. 
  6. "Now, search on for missing plane", The Electric New Paper. Dicapai pada 2007-01-03. 
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Adam_Air_website tidak disediakan
  8. "Search on for Missing Indonesian Plane", Focus News Agency, 1 January 2007. Dicapai pada 2007-01-01. 
  9. "Flight missing in bad weather", Edmonton sun.com. Dicapai pada 2007-01-01. 
  10. "Jatuhnya Pesawat Adam Air di Sulawesi Barat Adalah Akibat Cuaca Buruk", Adam Air. Dicapai pada 2007-01-02. (Indonesian) 
  11. "Desperate search for lost plane", News.com.au, 1 Januari 2007. Dicapai pada 2007-01-02. Diarkibkan drpd. yang asli di 2012-12-31. 
  12. "Three US passengers on crashed Indonesian plane", ANTARA. Dicapai pada 2007-01-02. 
  13. "Rescuers deny airliner found", News.com.au. Dicapai pada 2007-01-02. Diarkibkan drpd. yang asli di 2008-06-17. 
  14. "Rescuers have not found Indonesia plane wreck: military", CNA. Dicapai pada 2007-01-02. 
  15. "Confusion mounts over Java plane", BBC News. Dicapai pada 2007-01-02. 
  16. "Embarrassed officials reveal missing Indonesian plane wasn't found", Daily Mail. Dicapai pada 2007-01-02. 
  17. e-Travel Blackboard. Missing Indonesian aircraft still missing despite claims of survivors. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2007-01-02.
  18. "Mountains searched for Indonesian aircraft", Financial Times. Dicapai pada 2007-01-03. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]