Penerbangan 603 Aeroperu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 603 Aeroperú

Ilustrasi Penerbangan 603 sebelum terhempas
Ringkasan kemalangan
Tarikh 2 Oktober, 1996
Ringkasan Kesilapan penyelenggaraan
Tempat Lautan Pasifik
berdekatan Pasamayo, Peru
Penumpang 61
Anak kapal 9
Kecederaan 0
Kematian 70 (semua)
Terselamat 0
Jenis pesawat Boeing 757-23A
Pengendali Aeroperú
Pendaftaran N52AW
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Miami, Florida, United States
Persinggahan terakhir Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez, Lima, Peru
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Comodoro Arturo Merino Benítez, Santiago, Chile

Penerbangan 603 Aeroperú adalah penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez di Lima, Peru (LIM), ke Lapangan Terbang Antarabangsa Comodoro Arturo Merino Benítez di Santiago, Chile, wang terhempas pada 2 Oktober 1996.

Keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Oktober, 1996, setelah berlepas pada waktu tengah malam, krew pesawat Boeing 757 mendapati alatan penerbangan mereka tidak berfungsi dengan betul dan melaporkan beberapa mesej kecemasan dari Komputer Pengurusan Penerbangan, seperti terlebih laju, kurang kelajuan dan terbang terlalu rendah. Krew telah mengisytiharkan kecemasan dan meminta kebenaran untuk kembali semula ke lapangan terbang.

Berhadapan dengan masalah alatan penerbangan mereka yang sering memberi amaran yang tidak masuk akal dari komputer penerbangan pesawat (sebahagiannya adalah benar dan sebahagian lagi adalah palsu) dan percaya mereka berada di altitud yang selamat, Kapten Eric Schreiber dan Pegawai Pertama David Fernández membeuat keputusan untuk terus turun di dalam perjalanannya ke lapangan terbang. Oleh kerana pesawat itu terbang pada waktu malam di atas air, krew tidak membuat rujukan visual untuk memastikan kedudukan altitud yang sebenar. Apabila altimeter menunjukkan altitud pesawat adalah lebih kurang 9,700 kaki, altitudnya yang sebenar adalah lebih rendah.

Pengawal trafik udara mempunyai pesawat Boeing 707 yang berlepas untuk membantu pesawat Boeing 757 kembali ke daratan. Sebelum pesawat Boeing 707 sempat sampai ke pesawat Boeing 757, sayap kiri pesawat telah terkena air selepas dua puluh lima minit selepas pengisytiharan kecemasan membuatkan krew itu sedar tentang altitud pesat mereka yang sebenar. Mereka cuba menaikkan semula pesawat selama dua puluh minit, tetapi pesawat itu tetap terhempas ke air. Kesemua sembilan krew dan enam puluh satu penumpang terkorban.

Selepas nahas itu krew penyelamat menjumpai sembilan mayat sedang terapung dan bakinya tenggelam bersama dengan bangkai pesawat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

External images
airliners.net's Photo gallery

Templat:Senarai kemalangan dan insiden pada tahun 1996