Penerbangan 653 Malaysia Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 653 Malaysia Airlines
Ringkasan Kejadian
Tarikh 4 Disember 1977
Jenis Perampasan
Lokasi Tanjung Kupang, Johor, Malaysia
Penumpang 93
Anak kapal 7
Kematian 100 (semua)
Jenis pesawat Boeing 737-2H6
Pengendali Malaysia Airlines
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Destinasi Lapangan Terbang Singapura (Paya Lebar)

Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653), sebuah pesawat Boeing 737-2H6 didaftarkan sebagai 9M-MBD (dihantar September 1972 sebagai 9M-AQO), jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor, di Malaysia pada petang 4 Disember 1977.[1] Ia adalah kemalangan yang pertama dan paling membawa maut untuk Malaysia Airlines, dengan kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta.[2][3] Penerbangan ini kelihatan seperti dirampas sebaik sahaja ia mencapai altitud jajap. Keadaan bagaimana perampasan dan seterusnya kejatuhan terhempas terjadi masih belum diselesaikan.

Isi kandungan

Nombor penerbangan [sunting]

Kini, Malaysia Airlines menggunakan penerbangan 653 sebagai penerbangan dari Pulau Pinang ke Singapura setiap hari, berlepas pada pukul 11:05 dan tiba pada pukul 12:25.

Urutan kejadian [sunting]

Penerbangan 653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Landasan 22 pada pukul 1921 GMT+8 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah).[4] Penumpang termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad;Pengarah Jabatan Kerja Raya Dato' Mahfuz Khalid; dan Duta Besar Cuba ke Malaysia.[1][5] Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor.

Kewarganegaraan [6] Korban
 Malaysia 73
 United Kingdom 5
 West Germany 4
 Australia 3
 India 3
 Indonesia 3
 Cuba 2
 Afghanistan 1
 Canada 1
 Japan 1
 Greece 1
 Singapore 1
 Thailand 1
 United States 1
Total 100

Pada jam 19:54, ketika pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor melaporkan kehadiran "Perampas yang tidak dikenali" ke Menara Subang. Pihak Lapangan Terbang menerima laporan tersebut dan seterusnya membuat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang.

Beberapa minit kemudian, Kapten Ganjoor berkata melalui radio: "We're now proceeding to Singapore..." ("Kami kini menuju ke Singapura..."). Namun Pesawat MH653 tidak mendarat di Singapura.[7]

Pada jam 20:15,Kesemua hubungan komunikasi dengan Penerbangan MH653 telah terputus.

Pada Jam 20:36, Penduduk Kampong Ladang, Tanjong Kupang, Johor melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya. Bangkai pesawat tersebut akhirnya dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut melanggar bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut hampir menegak. Tiada seorang pun daripada kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut terselamat.

Akibat [sunting]

Sesetengah mengagak bahawa Tentera Merah Jepun bertanggung jawab, walaupun tiada bukti lanjut diberikan untuk menyokong hipotesis ini telah dimajukan.[8]

Kesemua mayat anak kapal dan penumpang menjalani pemeriksaan sinar-X dalam percubaan untuk mencari tinggalan projektil ataupun senjata, namun tiada satu pun yang dijumpai. Kesemua mayat mereka kemudiannya dikebumikan di dalam satu liang lahad besar.[9]

Peringatan [sunting]

Tapak Peringatan Nahas tersebut terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, Malaysia.[5] Ianya dikenali sebagai Taman Peringatan Tanjung Kupang dan didirikan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 8 Disember 1977, 4 hari selepas nahas.

Dalam media [sunting]

  • Sebuah novel bahasa Melayu dalam sekolah menengah di Malaysia berjudul Tragedi Empat Disember, dikarang oleh Dzul Karnain Ithnin, adalah suatu cerita tentang suatu kejatuhan terhempas kapal terbang di Tanjung Kupang, dengan rujukan ketara pada bencana benar.

Kisah Hantu Tanjung Kupang [sunting]

Penduduk di Tanjung Kupang pernah mendakwa yang mereka pernah diganggu oleh roh penumpang dan anak kapal pesawat tersebut,ketika sedang melalui Taman Peringatan Tanjung Kupang.

Lihat juga [sunting]

  • D. B. Cooper, salah satu daripada beberapa kes rampasan terpecahkan di dunia


Rujukan [sunting]

  1. 1.0 1.1 "A hijacked Malaysian airlines jet with 100 persons aboard exploded and crashed Sunday night", Associated Press, 1977-12-04. Dicapai pada 24 November 2009. 
  2. "Malaysia Airlines flight crashes with 50 on board", Agence France Presse, 1995-09-15. Dicapai pada 24 November 2009. 
  3. "Worst MAS plane crash occurred in 1977", New Straits Times, 1995-09-15, p. 4. Dicapai pada 24 November 2009. 
  4. "328 killed in nine incidents", New Straits Times, 1996-09-01, p. 4. Dicapai pada 24 November 2009. 
  5. 5.0 5.1 "Memorial tells a sad tale of neglect", Business Times, 2000-01-15. Dicapai pada 24 November 2009. 
  6. "Names list on the Tanjung Kupang Memorial plaque"
  7. Dennis, William. "Asian Rebound Boosts Startups, But Safely Remains A Concert Templat:Sic", Aviation Daily, 2000-01-04. Dicapai pada 24 November 2009. 
  8. Ethiopia mourns crash victims. CNN, 25 November 1996 (see last paragraph).
  9. "Mass burial planned for unidentified victims", New Straits Times, 1995-09-18, p. 7. Dicapai pada 24 November 2009. 

Templat:Malaysia Airlines Templat:Aviation incidents and accidents in 1977